al Madrasah al Insaaniyyah

Khamis, 30 September 2010

Jumaat 1 oktober 2010

BismiLLaahirRahmaanirRahiim

Selepas solat subuh kuliah tuan mudir di Masjid Puterajaya Setiu
Habis kuliah makmum mulai bangkit untuk pulang atau kewarung.

Subur rupanya tanah Madrasah al Insaaniyyah nih
Biji-biji tembikai tumbuh dicelah-celah sampah yang dibuang ketika "Ifthor Perdana" Ramadahan yang lalu

MasyaAllah dah berbuah pun, ada rezki nanti dapatlah dimakan bersama-sama

Sebahagian muslimin belum pulang selepas kuliah pagi jumaat kerana mengambil peluang meninjau perkembangan pembangunan madrasah



Lantai telah dilatakan

Bahagian dalam semua telah sempurna kecuali pintu dan cermin tingkap belum pasang


Dinding luar di 3 belah bahagian telah siap dilata


Yang tinggal hanya bahagian depan. Mungkin petang nanti (1 oktober 2010) siaplah agaknya. Apabila siap yang ini kerja tukang akan fokus pada pembinaan kuaters guru
Kerja-kerja dibangunan asrama dijangkakan akan disiapkan dengan gotong-royong








Pembinaan rumah guru mulai rancak. Keluasan bangunan ini ialah 30 kaki X 20 kaki tidak termasuk tdapur dan tandas.
Tukang yang sama sanggup menyiapkan rumah ini dengan dibantu oleh anak-anak mereka





Dijangkakan apabila siap rumah guru ini akan bermulalah kelas harian untuk anak-anak dan kelas al quran untuk golongan kanak-kanak dan dewasa.

Moga dipermudahkan Allah hendaknya

Ya Allah kami mengharapkan redha Mu

Aamiin! Ya Rabbal`Aalamiin.

Rabu, 29 September 2010

Rabu 29 september 2010

Sehingga rabu 29 september 2010 dinding bahagian dalam bilik pejabat dibangunan asrama telah dilatakan dengan sempurna.
Bahagian luar hanya tinggal sedikit sahaja lagi.
Lantai belum dilatakan

Kelihatan disebelah kiri sebatang tiang kuaters telah ditegakkan



Pandangan dari sisi tepi bukit

Dibahagian dalam dinding siap dilatakan

Lantai belum dilatakan

Dinding belakang siap dilatakan

Kuaters warden baru sebatang tiang ditegakkan


Moga bangunan kuaters ini siap sebelum januari 2011 dan pengajian harian untuk anak-anak yang berminat boleh dimulakan bermula awal januari atau sebelumnya

Moga mendapat perkenan dari Allah hendaknya

Selingan
Sumbangan dari para dermawan dialu-alukan
Sila berhubung dengan:
Setiausaha AJK Madrasah al Insaaniyyah
Saudara Ya bin Ibrahim
013 9225524
atau
Mudir Madrasah
Ustaz Abdul Ghani bin Muda
014 5441837
Email Mudir Madrasah: abdghoniyy@yahoo.com

Sumbangan boleh juga dibuat melalui akaun bank:
1.Agro Bank
No. Akaun: 2006363000013125
Atas nama : Tabung Al Madrasah Al Insaniyah
atau
2.BIMB
No. akaun : 13017020483845
Atas nama Abdul Ghani bin Muda (mudir madrasah)
atau
3.Maybank
No. akaun : 163019432797
Atas nama Abdul Ghani Bin Muda (mudir madrasah)

Jumaat, 24 September 2010

Jumaat 24 september




Kat atas tu gambar dari luar
Jom kita lihat gambar-gambar dari dalam pejabat asrama. Kerja-kerja melata dinding belum siap sepenuhnya









Memindahkan karpet dari serambi masjid kebangunan asrama (sementara)
(selepas kuliah minguan pagi jumuat)
Pensyarah memang dilatih untuk mengajar, sekali tengok seolah-olah sedang memberi taklimat kepada yang berhormat, atau yang berhormat bertanya sesuatu kepada pengarah projek

Jom kita siapkan kerja kita. Ada lagi tu kat beranda masjid karpet yang perlu kita simpan kat sini sementara


Tongkolan/gulungan terakhir, besar dan berat.

Gambar masjid Madrasa; al Insaaniyah dari arah timur
Kain rentang program baru sahaja diturunkan

2 minggu selepas Hariraya `Idul Fithri

Khamis 23 september
Takkan kita berdua jer hari ini. Mana lagi sahabat-sahabat kita ni? Takkan masih beraya lagi kot



Karpet dah ada kat sini, jomm kita baca kitab kat sini ajer lah

Macamana nih? Kueh raya ada ni. Kita makan dululah

Tapak kuaters warden. Bila nak mulakan projek ni? Takkan la pelajar tinggal asrama tanpa ada warden. Tak lama lagi akan bermula la projek pembinaan rumah warden tu


Bangunan asrama dipandang dari beranda masjid


Penutup rabung belum dipasang sepenuhnya. Bila nak gotong-royong kat atas atap ni lagi sekali? Ramadhan dah 2 minggu berlalu. Tak perlah asalkan masjid sudah boleh digunakan dan tiada kebocoran