al Madrasah al Insaaniyyah

Selasa, 23 November 2010

Perkembangan Pembinaan Rumah Warden

Update pada 9 januari 2011(4 sofar 1432)






Update pada 4 januari 2011
Sepanjang tahun 2011 baru hari ini tukang datang untuk meneruskan kerja pembinaan rumah warden. Hanya seorang tukang datang disebelah pagi. Inilah hasil kerjanya hari ini


Update pada 27 disember 2010
Beginilah keadaan rumah warden sehingga ahad 26 disember 2010

Hasil kerja pasukan tukang yang baru

Pasukan tukang yang baru masih muda-muda belaka

Dihujung-hujung khidmat mereka

Pasukan tukang yang baru meneruskan tugasnya manakala pasukan tukang yang lama dalam usaha menamatkan kerja bahagian mereka

Semua bahagian lantai bahagian utama siap dilata sekalipun mutu kerja tidak memuaskan


Sehingga Khamis 23 disember 2010
Hasil kerja para tukang sehingga Khamis 23 disember 2010
Tukang yang baru memulakan kerjanya mendirikan sebatang tiang untuk penambahan satu bilik lagi dibahagian belakang kuaters warden 2010

Lantai bahagian utama 30x20 kaki telah disimen termasuk 2 bilik kecuali diruang tetamu yang belum disimen


Update pada 23 disember 2010
Tukang yang datang mulai menyimen sebahagian lantai didalam rumah warden


Sebahagian sahaja yang sempat tukang tampal simen plaster pada diding dibahagian belakang, hujan mula turun lagi


Update pada 18 disember 2010
Perkembangan sehingga jumaat 17 disember 2010
Bahagian depan siap ditampal simen plaster


Bahagian belakang masih banyak lagi perlu dilakukan
tukang yang baru telah meninjau untuk siapkan projek ini


Sehingga jumaat 17 disember 2010 lantai belum dilatakan samasekali

Update pada 16 disember 2010
Dinding sebelah utara dan timur sedang diplaster


Diding bahagian utama disebelah selatan siap diplaster
tetapi bahagian dapur dan bilik air tidak ada kemajuan
mungkin perlu diupah tukang lain intuk kerja-kerja dibahagian belakang(barat)




Update pada 4 disember 2010
Pekembangan pembinaan setakat 2 dan 3 disember sederhana
Beginilah keadaan 2 bilik dalam rumah warden




Update pada 30/11/2010
AlHamduliLLaah hari ahad 28/11/2010 tukang datang bekerja
dibawah sebahagian hasil kerja mereka






Update 28/11/2010
Tidak banyak perubahan berlaku dalam beberapa hari mutakhir
Selain hujan berpanjangan yang menyukarkan sebahagian kerja dibahagian luar bangunan tukang juga kehabisan pasir sederhana besar untuk kerja-kerja ikat bata

Oleh sebab tu tukang mulai memasang simen plaster diding dibahagian dalam

Sehingga 25,26 dan 27 november 2010



















Sehingga 21 november 2010
Pemasangan bingkai tingkap (Frame)bilik baru dibuat kerana sebelum ini kehabisan bekalan dalam pasaran




Ajk komplen bahagian belakang terlalu sempit menyebabkan pelan binaan diubah dengan menambah 8 kaki x 10 kaki lagi kebelakang untuk pembinaan tandas dan bilik air




Moga tukang yang diamanahkan dapat bekerja dengan berterusan agar rumah ini dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat

Edit pada 30 november 2010

Sabtu, 20 November 2010

Forum Sempena Ibadah Korban 19 November 2010

Assalaamu`alaikum

Pada hari ini jumaat 12 zuhijjah 1431 bersamaan 19 november 2010 pihak madrasah al Insaaniyyah berjaya menganjurkan satu forum bertajuk Ummah Berkorban Ummah Gemilang dengan jayanya.
Ini adalah majlis forum yang pertama diadakan dimadrasah ini.

Sekalipun program ini dirancang dalam jangka masa yang singkat (tidak lebih dari satu minggu) namun ia masih berjaya diadakan. Sekalipun tanpa mesyuarat rasmi, tanpa baner dan kain rentang namun program masih berjaya dilaksanakan sekalipun kehadhiran kurang lebih seratus orang sahaja.

Ada beberapa perkara yang membantu menjayakan program ini.

-Pertama komitmen jawatankuasa madrasah yang sanggup bekerja dalam masa yang singkat.

-Kedua kerja-kerja yang bersungguh-sungguh dan kemas oleh beberapa individu yang saya tidak mahu sebutkan nama mereka disini.

-Ketiga kerjasama penelis yang semua mereka samada orang yang pernah mengajar mudir,pernah belajar dan pernah berusrah dengan mudir madrasah ini.
Ringkasnya menggunakan kekuatan yang telah ada hanya perlu kepada inisiatif dan penyusunan untuk menjayakan program yang bermakna.

-keempat hari jumaat adalah hari kelas mingguan yang telah berjalan sejak 1 april 2010 (hanya bercuti sekali sahaja iaitu 1 syawaal 1431 yang jatuh pada hari jumaat)
hanya kita mengubah program kelas mingguan ini digantikan dengan majlis forum

-Kelima program ini dilaksanakan bersama-sama dengan program udhhiyyah (korban) yang disertai oleh mudir dan ahli jawatankuasa tarbiyyah madrasah dan keluarga mereka.

-Keenam masyarakat kampung Kederang yang dikenal pasti kalangan yang mudah diajak melakukan kerja-kerja kebajikan samada muslimin atau muslimat dikalangan mereka.

Sesuatu yang telah diketahui sejak dahulu antara faktor kejayaan banyak program dalam masyarakat melayu ialah ada penyediaan makanan dan penyertaan kaum wanita.


Akhir sekali ia adalah pengorbanan semua yang mengorbankan kerehatan hari cuti mereka untuk sama-sama memberikan khidmat demi Islam dan Umatnya. Semua itu adalah selepas kita mengambilkira semuanya adalah dengan pertolongan Allah. Sekalipun sekarang musim hujan namun hari jumaat tersebut cuacanya sangat baik sekali.


Ummah Berkorban Ummah Gemilang
Keterangan Gambar
Ustaz Abu Bakar sebagai moderator memulakan majlis dengan muqaddimah yang agak panjang (untuk pastikan kedua-dua panelis tiba)

Majlis forum berlangsung lebih 2 jam dan berakhir pada jam 11.25 pagi
Ustaz Abdul Aziz dengan hujjah-hujjahnya

Ustaz Fauzi dengan hujjah-hujjahnya

Melihat pada penceramah,hujah-hujahnya dan persembahan moderator,mutu forum tidak kalah berbanding forum perdana kat TV namun kehadhiran tidak ramai. Program dirancang oleh mudir madrasah tidak lebih seminggu dari program. Tanpa mesyuarat rasmi,tanpa baner dan kain rentang AlHamduliLLah forum berjaya dilaksanakan
Moga pada masa akan datang akan lebih berjaya


Sicilik yang mengintai dari bahagian muslimat dibahagian belakang dalam masjid


Sebelum Forum
Sembelih lembu dan melapah



Ketika Forum Sedang Berjalan Sebahagian Sukarelawan Masih Dalam Tugas
(menyiapkan kerja pemotongan daging dan memasak daging)
Selepas daging siap disiangkan tibalah masa untuk menyinggang daging


Ada muslimat yang meneruskan tugasnya sepanjang forum berjalan
(kerana jumlah bahan mentah yang tersedia agak banyak)


Jamuan Selepas Forum
AlHamduliLLah bangunan asrama yang belum digunakan untuk penginapan dijadikan tempat menjamu tetamu jadi dapatlah kemulian masjid dijaga dengan lebih sempurna. Hanya tetamu wanita sahaja yang makan dalam masjid



Selepas makan sebelum pulang tetamu dihadiahkan daging korban mentah yang telah disiang dan sebahagian besar tetamu juga dibekalkan daging yang telah dimasak dan kerabu perut termasuk panelis yang dijemput


Sekalipun majlis ini sempena majlis korban, namun pihak madrasah dapat juga mengutip sumbangan sebanyak rm 685.00

Kami agak terkilan kerana tidak punyai alat perakam yang sesuai untuk merakamkan forum yang bersejarah ini.
Moga segala kelemahan akan dapat diatasi atau dikurangkan dimasa akan datang
Moga Allah terima pengorbanan kita semua dan terima kasih.

Terima kasih kepada semua