al Madrasah al Insaaniyyah

Sabtu, 3 Jun 2017

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1330844783670240&set=a.533165156771544.1073741826.100002341945494&type=3&theater Bangunan 3 tingkat yang sedang dibina belum siap. Sumbangan dari masyarakat tidak banyak seperti diawwal pembinaan nya

Ahad, 3 Mei 2015

Masih Banyak Sumbangan Diperlukan

Assalaamu`alaikum. Terima kasih kepada semua penyumbang yang mengambil bahagaian memberi sumbangan moral dan harta untuk menjayakan projek bangunan 3 tingkat di Madrasah Al Insaaniyyah (Bangunan serbaguna) Namun masih banyak sumbangan diperlukan untuk menyiapkan bangunan ini. Buat masa ini pembinaan untuk menyiapkan bangunan ini tertangguh seketika. InsyaAllah pembinaan akan diteruskan bila keadaan mengizinkan Belum dipasang atap dan dinding hanya siap kerangka sahaja setakat ini

Rabu, 2 Julai 2014

Kitab-kitab Yang Diajarkan

Assalaamu`alaikum Setelah lebih 3 tahun beroperasi dimadrasah ini banyak kitab telah diajarkan dalam pelbagai disiplin ilmu.Ada kitab yang telah diajarkan sehingga habis. Antaranya kitab safiinatunnajaa,Ummul Baraahiin,al Aajurumiyyah,matan bina` dan matan wal asas, syarah al mukhtasor jiddan, mutammimatul aajuruumiyyah,Ft-hul Qoriib al mujiib Kitab jawi pula fariidatul faraaid,hidaayatussibyaan,munyatul musolli dan lain-lain Ada yang masih diajarkan. Kanzur Rhooghibiin (Syarah al Mahalli)Jam`ul Jawaami`Al Jalaalain,Sohihul Bukhoori,Riyaadhus Shoolihiin, Tafsir pimpinan ar Rahmaan,Al Azkaar an Nawawiyyah, Penawar Bagi Hati, Aqiidatun Naajiin,Minhaajul `Aabidiin dan lain-lain Ada kitab dalam bahasa arab ada dalam bahasa melayu. Ada dalam versi jawi dan ada dalam versi rumi. Ada yang diajarkan dalam kelas harian dan ada yang dibacakan dalam kelas mingguan >>>>>>>>>> Rujukan penting ketika mengajar tafsir al Jalaalain
Rujukan penting ketika mengajar KanzurRhooghibiin
Rujukan penting ketika mengajar Jam`ul Jawaami` fil Usuul
Kitab Fariidah versi jawi
Kitab Fariidah versi rumi
Munyatul Musholli versi jawi
Munyatul Musholli versi rumi

Selasa, 17 Jun 2014

Akaun Yang Digunakan Untuk Menyumbang Secara Online

Assalaamu`alaikum AlHamduliLLaah akhirnya kerja-kerja pembinaan lantai tingkat 2 dapat dilaksanakan dengan baik
Sepanjang kerja-kerja pembinaan banyak kenderaan berat keluar masuk, akibatnya laluan masuk rosak. InsyaAllaah kerosakan ini akan dibaiki pada masa yang sesuai
Laluan masuk rosak



Sumbangan dialu-alukan Saluran sumbangan melalui akaun-akaun berikut;

1.Agro Bank
 No. Akaun: 2006363000013125
Atas nama : Tabung Al Madrasah Al Insaniyah

2.BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad)
Nombor akaun : 13017020483845
Atas nama Abdul Ghani bin Muda (mudir madrasah)

 3.Maybank
Nombor akaun : 163019432797
atas nama Abdul Ghani Bin Muda (mudir madrasah)

 4.BSN (Bank Simpanan Nasional)
Nombor Akaun: 1155041000011226
Atas nama Madrasah al- Insaniyyah



Ahad, 15 Jun 2014

Penuangan Simen Siap Bancuh Lantai Tingkat 3 Pada 13ﺷﻌﺒﺎن

AlHamduliLLaah selepas tertangguh beberapa kalii akhirnya kerja-kerja pembinaan lantai tingkat 2 (tuang simen siap bancuh) dapat dilaksana dengan jayanya pada hari rabu 13 ﺷﻌﺒﺎن 1435 atau 11 jun 2014,

42meter simen dan upah kren dapat dilunaskan pada hari itu juga rm 8820 dan rm rm650, tinggal lagi pihak madrasah terpaksa berhutang dahulu dengan pembekal besi-besi brc dan y16 yang dijangka hampir rm8 ribu. Upah tukang juga masih tertunggak beberapa ribu disebabkan kekurangan dana. Semoga segala urusan dipemudahkan Allah.





persiapan terakhir pada hari selasa 10 jun 2014 besi-besi brc dihampar dan disusun sebelum simen siap-bancuh dituang pada lantai tingkat 2




Inilah gambaran kerja-kerja yang dilakukan pada 13 syaabaan 1435 iaitu hari rabu 11 jun 2014





Rabu, 28 Mei 2014

Pembinaan Lantai Tingkat 2 Dijangka Khamis 5 jun 2014

Assalaamu`alaikum AlHamduliLLaah akhirnya kerja-kerja pembinaan lantai tingkat 2 dapat dimulakan. Bermula khamis 22 mei 2014 4 orang tukang menyambung kerja-kerja membuka acuan lantai tingkat 1 dan memasangnya kembali untuk tingkat 2.

 = = Rentak kerja menjadi perlahan adalah disebabkan aliran sumbangan yang agak perlahan. Terutama sumbangan yang dimasukkan keakaun-akaun disebelah blog ini agak berkurangan atas banyak faktor. Ini mendorong pihak kami mencari pendekatan yang lain. Yang paling utama ialah jualan lantai yang telah dibina (lantai tingkat 1) dengan nilai 50 ringgit setiap satu kaki persegi (beli kemudian wakaf)

= = Dalam jangka masa sebulan kami dapat hasil jualan kurang lebih 10 ribu ringgit. Dicampur sumber yang lain kami sudah punyai beberapa belas ribu ringgit. Cukuplah sekadar untuk membeli bahan-bahan binaan untuk lantai tingkat 2 .

= = Jumlah duit yang terkumpul belum cukup untuk membayar upah tukang yang akan menyiapkan kerja-kerja pembinaan lantai tingkat 2 tidak kurang 10 ribu ringgit. Ini memberi maksud kami perlu dapatkan kurang lebih 10 ribu ringgit sehingga kerja-kerja dilakukan pada 5 jun 2014 nanti.

= = Saluran sumbangan masih lagi melalui akaun-akaun yang dipaparkan sekian lama
1.Agro Bank 
No. Akaun: 2006363000013125 
Atas nama : Tabung Al Madrasah Al Insaniyah 

 2.BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) 
Nombor akaun : 13017020483845
 Atas nama Abdul Ghani bin Muda (mudir madrasah) 

3.Maybank 
Nombor akaun : 163019432797 
atas nama Abdul Ghani Bin Muda (mudir madrasah)

 ditambah dengan satu lagi akaun terbaru seperti dibawah. 

BSN (bank Simpanan Nasional) 
Nombor Akaun: 1155041000011226 atas nama Madrasah al- Insaniyyah 



= = = Sehingga 27 mei 2014
Lawatan guru-guru GiatMara Setiu
Pandangan ditingkat atas (tingkat 1)
Pandangan dari arah timur laut
Pandangan dari arah barat daya
Pandangan dari jauh (dari arah timur laut)
Terima kasih atas sokongan dan dokongan anda semua.

Rabu, 16 April 2014

Persiapan Pembinaan Lantai Tingkat 2 Bangunan Sebaguna 3 Tingkat

Assalaamu`alaikum Setelah tawaqquf selama sebulan kerja-kerja pembinaan bangunan serbaguna 3 tingkat diteruskan lagi bermula sabtu 12 april 2014. Setakat ini kami hanya mampu mengupah tukang kerja-kerja persiapan iaitu membina 18 batang tiang ditingkat satu. Pada 17 april 2014 rm5k dibayar kepada kontrator baki upah kerja-kerja yang telah dilaksanakan. Kekurangan dana dan aliran sumbangan perlahan menyebabkan proses pembinaan juga diperlahankan. Kami perlukan rm25 k lagi untuk siapkan lantai tingkat 2. Kami jangkakan kerja-kerja ini hanya mampu dilaksanakan sebulan dari sekarang bergantung kepada sumbangan dan dana terkumpul. Semoga dipermudahkan Allah
Sebahagian tiang pada tingkat 1 telah disiapkan
Ini adalah hasil kerja sehingga 16 april 2014