al Madrasah al Insaaniyyah

Rabu, 23 Julai 2008

Gambar Terkini Bangunan Masjid



AlhamduliLLaah apabila mendapat sms ada sumbangan dari seorang hamba Allah di bank in kan kedalam akaun Maybank (No. akaun : 163019432797) rasa bersalah pula tidak update blog ini
Perkembangan pembinaan masjid ini perlahan.
Ini disebabkan proses pembinaannya dilakukan secara gotong-royong sekali seminggu pada hari sabtu dan hari-hari cuti lain. Pembinaan dilakukan dengan kaedah ini kerana kita tidak mempunyai kekuatan keewangan untuk mengupah tukang-tukang yang mahir.
Dibawah adalah gambar-gambar terkini yang diambil pada hari ahad 17 rajab 1429 hijriyyah bersamaan 20 julai 2008 masihi



Gambar (Pemandangan dari arah timur)
















(Gambar : Bangunan masjid dari arah barat laut)















(Gambar : Bangunan masjid dari arah barat)















Semoga beberapa keping gambar diatas dapat memberi gambaran kepada kita setakat mana kemajuan proses pembinaan sedang berjalan.
Apa yang nyata masih banyak sumbangan yang diperlukan dari kita semua untuk menjayakan projek ini.
Semoga Allah menerima sumbangan dari para penyumbang semua.



Imbasan gambar pada 19 mei 2008

Selasa, 22 Julai 2008

Pengajian Pembukaan

Assalaamu`alaikum

AlhamduliLLaah, walaupun bangunan yang didirikan belum siap namun kelas pengajian telah bermula. Kelas bermula dirumah Ustaz Zaini el Hafiz beberapa kali kemudian berpindah ke Surau Perumahan Binjai Manis juga beberapa kali.
Sekarang kelas ini dijalankan dibangunan sementara (site office) 2 kali seminggu.
Kelas berjalan selepas solat asar pada setiap hari sabtu dan isnin.


Kitab-kitab yang digunakan ialah Sohihul Bukhori, al Fiqhul Manhajiyy dan al Aajurumiyyah
InsyaAllah dalam segala kelemahan kelas tetap juga dijalankan 2 kali seminggu sehinggalah tiba masanya tuan mudir berhijrah dan tinggal sepenuh masa diperkampungan madrasah ini (al Madrasah al Insaaniyyah). Pada ketika itu banyak lagi kelas pengajian akan berjalan.

Bilakan masa itu? Bergantung kepada prasarana yang sedang dibina. Apabila bangunan masjid boleh digunakan dan ada tempat untuk menginap insyaAllah tuan mudir akan tinggal disini.




Sebahagian pelajar yang hadir pada hari isnin 11 rajab 1429 H
Tuan Mudir sedang membuat rujukan dari Maktabah Syaamilah dalam komputer Us. Sobri
Ketua kelas, Ustaz Zaini el Hafiz tersenyum bila gambarnya diambil
Semoga diberkati Allah