al Madrasah al Insaaniyyah

Isnin, 30 Ogos 2010

Gotong-royong Malam Isnin Minggu Ketiga Ramadhan

Pasir muatan 2 lori sebagai tambahan yang perlu dimasukkan kedalam bangunan asrama untuk buat asas tapak sebelum simen kokrit dipasang

Tinggal sedikit sahaja lagi bahagian yang belum dipasangkan atap pada bangunan asrama


Tidak ramai yang hadhir untuk Ifthor Jama`iyy pada petang ini sebahagian ajk madrasah masih keletihan selepas penganjuran ifthor Perdana hari jumaat yang lalu

Jumlah peserta gotong-royong juga merosot


Melepaskan penat dengan minum air yang disediakan


Yang lain telah kepenatan,waima berkain pelikatdan berkopiah namun Abang Halim masih gagah meneruskan kerja

Sebelum jam 12 malam peserta gotong-royong kesemuanya telah pulang


Semoga semua kerja yang dilakukan diberkati Allah

Masih banyak sumbangan keewangan yang diperlukan untuk menyiapkan asrama ini
Sumbangan dari para dermawan dialu-alukan
Sila berhubung dengan:
Setiausaha AJK Madrasah al Insaaniyyah
Saudara Ya bin Ibrahim
013 9225524
atau
Mudir Madrasah
Ustaz Abdul Ghani bin Muda
014 5441837
Email Mudir Madrasah: abdghoniyy@yahoo.com

Sumbangan boleh juga dibuat melalui akaun bank:
1.Agro Bank
No. Akaun: 2006363000013125
Atas nama : Tabung Al Madrasah Al Insaniyah
atau
2.BIMB
No. akaun : 13017020483845
Atas nama Abdul Ghani bin Muda (mudir madrasah)
atau
3.Maybank
No. akaun : 163019432797
Atas nama Abdul Ghani Bin Muda (mudir madrasah)

Sabtu, 28 Ogos 2010

Ifthor Perdana

Sebagaimana yang telah dirancang sejak seminggu yang lepas pihak madrasah berjaya menganjurkan Ifthor Perdana. Dinamakan ifthor perdana agar tidak disalah ertikan dengan Iftor Jama`iyy yang dilakukan setiap minggu dimadrasah ini iaitu pada hari ahad.

Pada sebelah pagi sebaik sahaja tamat kelas pengajian mingguan dimadrasah kami menyiang (memotong) daging seekor lembu yang telah disembelih ditempat lain. Daging seekor lembu ini 2 kawah dimasak dimadrasah oleh Haji lah dibantu oleh ajk madrasah.

Hanya satu kawah gulai sahaja yang kami gunakan dimadrash ini manakala satu kawah lagi dihantar ke Kampung Selamat untuk majlis berbuka puasa disana.

Pihak kami hanya memasak dan menjamunya kepada para jemputan,Perbelanjaan dan keewangan untuk menjayakan majlis ini dibiayai oleh pihak lain yang melakukan akikah dan jamuan khairat untuk arwah bapa mereka.

Waima masjid-masjid utama disekitar sini juga mengadakan majlis yang sama pada hari ini, kehadhiran kemajlis berbuka puasa dimadrasah lebih dari seratus orang.

Majlis berbuka Puasa





Mereka yang tiba awal sempat bertanya setiausaha tentang perkembangan madrasah

Semua lampu dipastikan berfungsi dengan baik untuk menjamin kelancaran majlis berbuka puasa

Sudah Masak (kami mask 2 kawah daging)
Satu kawah dihantar ke Kampung lain untuk majlis berbuka puasa disana

Ketua tukang masak (cucu sepupu Tok Kenali) melepaskan lelah dan lenguh sempat bertanya khabar

Daging dalam sedang dimasak


Sebahagian muslimat yang turut membantu mengupas bawang dan sebagainya

Mempersiapkan peralapan untuk memasak

Menyiang/memotong daging
Kerja-kerja memotong daging bermula sebaik sahaja kelas pagi jumaat tamat jam 11 pagi





Setakat 27 ogos 2010 separuh atap bangunan asrama telah dipasang

Daun Pintu ini dibeli dengan duit kutipan di Gathering Ahli TKO di Taman Tasik Titiwangsa (dengan tambahan sumbangan yang lain)

Ahad, 22 Ogos 2010

Gotong-royong Malam Isnin Minggu Kedua Ramadhan

AlHamdulillah program hari ini dan malamnya berjaya dilaksanakan dengan baik

1.Siang sebelum majlis berbuka pengajian kitab al Fiqhul Manhajiyy. Kelas petang ini dihadhiri oleh 5 orang pelajar semuanya ustaz-ustaz JQAF.

2.Ifthor Jama`iyy dihadhiri 12 orang sahaja, sederhana dan menyeronokkan.

3.Mudir Madrasah Insaaniyyah mengimamkan solat maghrib

4.Solat isya` diimamkan Ustaz Sufyan

5.Solat Tarawiiih diimamkan oleh Ustaz amin el Haafiz
alhamdulillaah penuh satu sof.

6.Selepas taraawiih para sukarelawan melakukan kerja gotong-royong meratakan tanah(pasir kotor) yang diisi kedalam tapak asrama sebelum lantai asrama disimenkan

7.Dalam waktu yang sama ajk "Jawatankuasa Ifthor Perdana". bermesyuarat untuk persiapan majlis berbuka puasa pada hari jumuat 27 0gos 2010.

Pembahagian tugas dilakukan bermula dengan jemputan tetamu, mendapatkan sukarelawan, melengkapkan peralatan memasak, mendapatkan bahan-bahan, sembelih lembu, memotong daging, memasak dan seterusnya.

Moga majlis Ifthor Perdana(berbuka puasa)dimadrasah ini pada hari jumuat nanti berjalan dengan baik dan memberi impak yang baik. Kalangan pelayar yang berdekatan dialu-alukan menyertai majlis ifthor pada petang jumaat nanti.

Kami tidak menggunakan duit madrasah untuk majlis ifthor ini sebaliknya ia adalah sponsor dari satu keluarga untuk mengadakan majlis ini.

Kami menjangkakan tidak terlalu mudah untuk mengadakannya kerana kami belum pernah mengadakan aktiviti memasak dimadrasah ini. Kami belum punyai prasarana untuknya. Dapur memasak untuk majlis aqiqah sebelum ini ditempat yang lain, hanya jamuan sahaja diadakan dimadrasah. Namun kami berpendapat inilah masa yang sesuai untuk kami persiapkan kelengkapan untuk aktiviti masak-memasak yang kami jangkakan akan kerap berlaku disini dimasa akan datang.

Perkara yang sangat penting yang kami fikirkan ialah mewujudkan sebab untuk masyarakat sekitar melibatkan diri dalam program dimadrasah ini dan menyuburkan aktiviti gotong-royong yang sewajarnya diperkasakan semula dalam masyarakat Islam kini. Gotong-royong memenatkan tambahan lagi majoriti ajk Madrasah adalah kakitangan kerajaan, namun kami lebih memikirkan impak positif kepada madrasah khususnya dan juga kepada masyarakat.

Ya Allah, bantulah kami dalam segala urusan baik yang kami lakukan. Aamiin ya Rabbal`aalamiin.

Timbunan pasir kotor 4 lori yang perlu diisikan ketapak asrama dalam program gotong-royong malam nanti



Mesyuarat "Jawatankuasa Ifthor Perdana".

Gotong-royong dilaksanakan dalam cahaya 2 lampu kalimantan


Sebahagian ajk Madrasah sempat meninjau kerja gotong-royong sebaik sahaja mesyuarat tamat.

Tidak selesa kerja dengan memakai baju dibasahi peluh, mereka tanggalkan baju

Setip kali gotong-royong mesti ada cikgu. Cikgu bukan hanya tahu menggunakan pen dan pensil sahaja, ada juga cikgu yang tahu menggunakan cangkul


Satu sedutan video kerja gotong-royong. Sila besarkan paparan untuk melihat gambar yang lebih jelas (Sila klik petak dibawah video sebelah kanan)


2 perkara luar jangka pada malam ini
1.Pasir yang dibekalkan rupanya belum cukup untuk ketinggian yang diperlukan kami masih perlukan 3 atau 4 lori pasir lagi.

2.Kami tidak sempat menyempurnakan kerja-kerja pemasangan bata ikat 9, pengarah pembangunan uzur tidak hadhir dan sebahagian besar ajk lain tidak sempat gotong-royong kerana terlibat dengan mesyuarat "Jawatankuasa Ifthor Perdana".

Antara perkara yang mengembirakan ialah atap asrama akan mulai dipasang hari isnin (23 ogos 2010)InsyaAllah kerja-kerja persiapan untuk ifthor perdana boleh dilakukan dibangunan asrama yang sedang dalam pembinaan ini.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Rancangan Terdekat (Gambar Hanya Hiasan Sahaja)

Pada hari hari ahad 22 ogos 2010 insyaAllah akan dilaksanakan program seperti berikut

1.Kelas pengajian bab puasa bermula jam 6.15 petang (mengunakan teks alFiqhulManhajiyy)

2.Ifthoor Jamaa`iyy (apabila masuk waktu magrib)


3.Solat maghrib,isya` dan taraawiih


4.Diikuti kerja gotong-royong



Terima kasih

Kerja Malam Dan Hasilnya



Assalaamu`alaikum wa rahmatuLLaah

Video diatas menunjukkan kerja gotong-royong selepas solat taraawiih pada ahad malam isnin (15 0gos 2010)

Kerja malam tu berlanjutan sehingga jam 12 malam iaitu sehingga habis simen yang telah dibancuh

Dibawah ialah hasil kerja pada malam itu. Kerja gotong-royong ini insyaAllah akan disambung pada masa dan waktu yang sama diminggu berikutnya


hasil kerja pada malam 15 0gos 2010

hasil kerja pada malam 15 0gos 2010

hasil kerja pada malam 15 0gos 2010


Dibahagian atas kerja-kerja yang dilakukan oleh tukang

Gambar diambil pada hari jumaat 20 ogos 2010. Semua kayu panjang telah siap dipasang. Selepas ini pemasangan atap akan dilakukan oleh tukang


Masih banyak kos yang diperlukan untuk menyiapkan asrama ini
Sumbangan dari para dermawan dialu-alukan
Sila berhubung dengan:
Setiausaha AJK al Madrasah al Insaaniyyah
Saudara Ya bin Ibrahim
013 9225524
atau
Mudir Madrasah
Ustaz Abdul Ghani bin Muda
014 5441837
Email Mudir Madrasah: abdghoniyy@yahoo.com

Sumbangan boleh juga dibuat melalui akaun bank:
1.Agro Bank
No. Akaun: 2006363000013125
Atas nama : Tabung Al Madrasah Al Insaniyah
atau
2.BIMB
No. akaun : 13017020483845
Atas nama Abdul Ghani bin Muda (mudir madrasah)
atau
3.Maybank
No. akaun : 163019432797
Atas nama Abdul Ghani Bin Muda (mudir madrasah)

Terima kasih
Gambar bangunan asrama yang diambil pada jumaat 20 ogos 2010


Gambar bangunan asrama yang diambil pada jumaat 13 ogos 2010

Gambar bangunan asrama yang diambil pada petang rabu (4 ogos 2010)