Jumaat, 27 Januari 2012

Pengambilan Pelajar Bermula

Mulai januari 2012 pihak madrasah menerima kemasukan pelajar unrtuk tinggal diasrama madrasah.
Pelajar yang tinggal disini ada dua golongan.
Pertama pelajar tingkatan satu yang bersekolah disekolah-sekolah berdekatan. Habis kelas mereka pulang keasrama madrasah

Golongan kedua mereka yang tidak lagi bersekolah disekolah kerajaan atau telah melepasi alam persekolahan.

Ada beberapa perkara tel;ah dilakukan sesuai dengan pengambilan pelajar-pelajar ini.

1.Pihak madrasah telah membeli sebanyak 10 pasang Katil dan tilam terpakai untuk kegunaan mereka

2.Dewan makan dibaiki agar keselesaan penggunanya (para pelajar)

Setakat ini (18 januari 2012) hanya ada 4 orang pelajar menetap disini.

Permohonan terbuka untuk pelajar yang berminat sahaja.

Kerja-kerja mendinding dewan makan sedang berjalan dengan perlahan


2 orang pelajar dewasa sepenuh masa belajar di Madrasah al Insaaniyyah

2 orang pelajar yang tinggal dimadrasah disebelah pagi bersekolah disekolah kerajaan.


Untuk menjimatkan perbelanjaan katil yang dibeli adalah katil terpakai


Pembinaan tangga tambahan pada bangunan masjid madrasah


2 ribu keping bata ini adalah sumbangan seseorang dari Negeri 9

Selasa, 20 Disember 2011

Sambutan Awal Muharram 1433H

Assalaamu`alaikum

Hari selasa 13disember ialah hari terakhir "Kem Remaja Islam" anjuran Madarasah al Insaaniyyah. Pada hari ini diadakan sambutan maal hijrah. Sambutan kali ini ialah dengan mengundang seorang pendakwah untuk menyampaikan kuliah zuhur "Mengambil Iktibar Dari Hijrah". Beliau ialah Yang Berbahagia al Faadhil Ustaz Adam bin Mat Said.
Yang Berbahagia al Faadhil Ustaz Adam sedang menyampaikan tazkirah maal hijrah

Antara hadhirin yang sedang mendengar tazkirah dari Yang Berbahagia al Faadhil Ustaz Adam



Disebelah pagi pihak madrasah menunaikan hasrat seseorang untuk melapah,memasak dan menjamu daging seekor lembu sempena akikah bagi anak beliau.





Hari ini hari selasa. Hari selasa adalah hari bekerja. Sebahagian sukarelawan ialah kakitangan kerajaan yang mengambil cuti untuk terlibat dengan kerja-kerja gotong-royong pada hari ini.

Tukang masak no 1


Alamak bila nak abis ni? Gulai dah masak tu.


Peserta "Kem Remaja" merasmikan jamuan sempena majlis awal muharram

"Makan jangan tak makan" Barisan fasilitator pun mahu makan juga

Kawah nasi yang pertama habis, perlu masak nasi lagi


Masak nasi kawah yang ke 2

Muslimin makan bawah khemah sebelah barat daya

Muslimat dibawah khemah sebelah timur

Antara tetamu yang terakhir juga bapa peserta "Kem Remaja" sedang makan


Kedua-dua program ini (Kem Remaja Cemerlang dan Sambutan Awal Muharaam) adalah program yang telah ditangguhkan dari tarikh asalnya. Jadi tiada kain rentang dan penyebaran maklumat agak lewat. Oleh sebab itu peserta kem tidak ramai. Namun Kutipan sumbangan mencapai angka rm 5462.50. Terima kasih kepada semua penderma dan semua yang terlibat termasuk pentazikrah kita kali ini.

Terima kasih.

Ahad, 11 Disember 2011

Kem Remaja Cemerlang 2/2011

Assalaamu`alaikum.
Akhirnya, program "Kem Remaja Cemerlang 2/2011" berjaya juga dilaksanakan. Hari ini adalah hari kedua. Disana ada pelbagai bentuk cabaran yang perlu ditangani untuk menjayakan perlaksanaan program ini. Moga program ini dpat dilaksanakan sebaiknya sehingga tarikh akhir ia dijadualkan (esok) InsyaaAllaah.

Mesyuarat khas (4/12/2011) untuk menjayakan perlaksanaan Kem Remaja Cemerlang 2/2011 (11,12 dan 13 disember 2011)

Sebahgian ahli majlis mesyuarat memberi kan perhatian terhadap ulasan dan ucapan pengerusi.

Sebelum 8 pagi 3 orang peserta terawal telah tiba

Urusetia telah pun tiba untuk menerima pendaftaran

Peserta ke4,5,6 dan 7 tiba

Timbalan pengarah program dengan sebehagian peserta kem kali ini

Selasa, 23 Ogos 2011

Kerja Tanah Selama 9 Hari Sya`ban-Ramadhan 1432

Assalaamu`alaikum

Madrasah al Insaaniyyah beroperasi pada tapak diatas bukit dan dicerunan bukit. Sistem perparitan yang baik amatlah diperlukan untuk mempastikan pengaliran air hujan dengan lancar dan hakisan dapat diatasi. Untuk memberi laluan kepada pembinaan parit dan pemasangan longkang kawasan berbukit perlu diratakan agar tapak madrasah dapat digunakan semaksimanya.

Ia memakan belanja yang besar. Oleh kerana itu pihak madrasah melakukan kerja-kerja ini berperingkat-peringkat bergantung pada keupayaan keewangan madrasah.

Untuk kali ini kerja-kerja memindahkan tanah menggunakan 4 jentera iaitu sebuah eskovetor,2 buah lori dan satu traktor menolak tanah.

Harga biasa ialah untuk 4 jentera itu bagi satu hari ialah rm 1,300.00. Kerja dilaksanakan 9 hari setengah diakhir sya`ban dan dalam bulann ramadhan. Pihak madrasah telah membayar kepada kontraktor kerja-kerja tanah sebanyak rm 7,000.00. Masih ada baki yang belum dibayar.

Kerja pemindahan tanah bukit sehingga kesempadan tanah dilakukan pada 2 lokasi. Iaitu disebelah timur atau tenggara dari bangunan masjid dan dibahagian barat dan barat laut daripada bangunan masjid.

Kerja-kerja mengali parit dan pemasangan longkang akan dilakukan dimasa akan datang menurut kesesuaian.

Lokasi pertama tanah dialihkan ialah dinding timur atau tenggara tapak madrasah. Kerja-kerja tanah yang lepas tidak dilakukan dengan sempurna kerana sempadan tanah tidak ditanda dengan sempurna untuk memudahkan pemandu jengkaut mengenal pasti batasan kerjanya




Tebing barat-laut sebelum tanah dialihkan

Jengkaut mula melakukan kerja pada bahagian tebing barat laut


Kerja-kerja ditepi bangunan masjid


Tangki air perlu dialihkan kerana tanah yang menjadi tapaknya perlu dialihkan untuk memberi laluan pembinaan parit dan pemasangan longkang besar

Inilah jadinya setelah tanah dialihkan.



Masih ada lebih 10 kaki jarak antara antara bangunan asrama dan tebing sebelah barat laut

"Site office" telah runtuh disebabkan terhempak tanah yang terjatuh dari mangkuk jengkaut


Abang Halim sentiasa memberi perhatian kepada saluran paip membuka dan memasang kembali agar tidak pecah disebabkan jentera-jentera yang berulang-alik melakukan kerja dan memindahkan tanah

Inilah hasil kerja menggunakan jengkaut. Kerja meratakan tanah tanah, menggali parit dan pemasangan longkang selepas raya akan menggunakan jentera jentolak (case)




Tanah dialihkan dengan 2 lori ketebing sebelah barat daya atau selatan tapak madrasah
Nun disana kelihatan bangunan kuaters dan Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu ditepi jalan utama Kuala Terengganu ke Jerteh dan Kota Bharu





Penambakan sehingga rumah warden

Kerja tanah kali ini adalah merupakan kerja-kerja yang dilakukan dengan lebihh menyeluruh dan melibatkan kos yang paling besar dalam masa 3 tahun perojek ini dijalankan

Terima kasih kepada semua penyumbang
Sumbanagn anda boleh disalurkan melalui akaun berikut

1.Agro Bank
No. Akaun: 2006363000013125
Atas nama : Tabung Al Madrasah Al Insaniyah

2.BIMB
No. akaun : 13017020483845
Atas nama Abdul Ghani bin Muda (mudir madrasah)

3.Maybank
No. akaun : 163019432797
Atas nama Abdul Ghani Bin Muda (mudir madrasah)

Mohon agar dimaklumkan kepada beliau ditalian 0145441837

Terima kasih