al Madrasah al Insaaniyyah

Isnin, 26 Januari 2009

Gotong-Royong Pada 26 Januari 2009

AlhamduliLLaah, sebagaimana dirancangkan kami telah berjaya mengadakan gotong-royong sempena cuti tahun baru cina pada hari ini. Seramai 13 0rang telah bersama-sama menjayakan gotong-royong ini.

Sayang sekali semua kedai hardware ditutup kerana cuti tahun baru cina ini. Kami tidak mendapat bekalan simen. Namun kebetulan Setiausaha Madrasah ada membeli satu beg simen semalam untuk kerja-kerja dirumah beliau. Maka dapatlah kami meyudahkan kerja-kerja menegakkan 2 tiang roman didalam masjid dibahagian hadapan dengan menggunakan simen ini.

Sebelum itu kami mulakan kerja pada pagi ini meletakkan besi link diatas dinding masjid sebagai persiapan untuk membuat tetulang dibawah kekuda sebelum memasang atap. Selain itu kami juga menggunakan masa yang ada untuk memindahkan tiang-tiang yang akan kami gunakan untuk membuat tandas.

Ringkasnya ada 3 kerja yang kami lakukan hari ini
1.Meletakkan besi link diatas diding masjid
2.Memasang 2 tiang roman didalam masjid dibahagian depan
3.Memindahkan tiang-tiang untuk pembinaan tandas ketapaknya

Ada beberapa perkara yang menyebabkan kami tidak dapat melakukan lebih banyak kerja
1.Penasihat teknikal(Tok Wan) kita uzur tidak dapat datang. Oleh sebab tu kami tidak boleh melakukan kerja yang perlukan pengawasan yang lebih rapi iaitu memasang sarang tetulang diatas dinding masjid
2.Ketiadaan bekalan simen yang banyak. Seandainya kami mempunyai bekalan yang lebih dapatlah kami melakukan kerja-kerja mengikat bata.

Terima kasih kepada semua yang hadhir dan menjayakan program gotong-royong pada hari ini yang semuanya mempunyai program tersendiri tetapi menangguhkan samada ketengahari (Ustaz Sobri hantar adik kehospital untuk pembedahan) yang yang lain menangguhkan program kesebelah petang samada balik kerumah mertua, menghadhiri kenduri dan lain-lain.Saya sendiri sempat hadhir 2 kenduri kahwin disebelah petang.

Dan ucapan terima kasih yang paling istimewa kepada ketua tukang kita (Abang Halim) yang menangguhkan pemergian kehospital semata-mata kerana menunaikan janji untuk menjayakan gotong-royong pada hari ini. Sekali pun anak perempuan beliau telah dimasukkan kehospital semalam kerana kemalangan jalanraya. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan kita.

Gambar-gambar dan video akan dimuatturun, nantikan.

Terima kasih.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama