Tiga Hari Yang Memenatkan
Rabu 20 oktober 2010
Lawatan Ketapak Madrasah Yang Akan Dibangunkan (atThuraatiyyah)
Pada hari rabu 20 oktober 2010 lawatan ke 2 telah dilakukan ketapak madrasah at Turaathiyyah. Tanah ini adalah wakaf dari seorang mak cik tanah seluas lebih dari satu hektar untuk dibangunkan sebuah madarasah pengajian yang baru.
Masih diperingkat awal (pembersihan tanah untuk memberi lalun bagi pembinaan bangunan)
Pewaris Mak Yah memberikan taklimat tentang bentuk mukabumi tanah
Jawatankuasa penaja meninjau tapak madarasah atThuraathiyyah
Batu sempadan disebelah barat-daya ni mudah ditemui
Khamis 21 oktober 2010Rombongan dari Setiu ke Besut untuk satu majlis perbincangan ilmu. Sebenarnya lebih pada suatu majlis perbincangan memilih pendekatan yang lunak dalam menyampaikan dakwah disamping memegang perinsip akidan dengan seteguh dan seutuhnya
Pada petang khamis pihak AJK Pengurusan Madrasah mengadakan mesyuarat tahunan.
Fokus kali ini ialah memperkemaskan jawatankuasa dan membentuk biro-biro yang difikirkan sesuai
Mereka Yang Datang Awal Untuk Mesyuarat Tahunan ajk Madrasah menunggu iqoomah untuk solat asar berjamaah
Sehingga 21 oktober 2010 beginilah rupa rumah warden madrasah al Insaaniyyah yang masih dalam pembinaan
Sehingga 22 oktober beginilah kemajuan pembinaan rumah warden
Jumaat 22 oktober 2010
Sebuah madrasah baru akan dibina di Besut
Perkongsian Pengalaman Dalam Menjayakan Pengajian Islam (selepas kelas pengajian mimgguan hari jumaat)
Selepas kelas pengajian umum mingguan hari jumaat 22/10/10 kami mengadakan gotong-royong mengangkat atap asbestos terpakai keatas lori untuk dipindahkan ketepi bangunan rumah warden agar dapat digunakan untuk menyiapkan bangunan tersebut
Pemindahan Atap Terpakai Ketapak Rumah Warden
Pemansangan jubin seramik pada dinding dan lantai bilik air dan tandas di Madrasah al Insaaniyyah
AlHamduliLLaah ada pihak yang bermurah hati untuk menyumbangkan beberapa beg simen untuk kerja-kerja pemasangan jubin dibilik air dan tandas madrasah
AlHamduliLLaah ada tukang yang bermurah hati menyiapkan asrama ini dengan upah 2 ribu ringgit sahaja. Doakan agar bangunan asrama ini berjaya disiapkan menjelang cuti sekolah akhir tahun 2010.
Bangunan stor ini dicadangkan agar diubah suai menjadi dapur sementara jika difikirkan sesuai.Urusan ini akan diserahkan kepada jawatankuasa pembangunan untuk memutuskannya.
Pintu terpakai disumbangkan kepada madrasah untuk digunakan dibahagian yang sesuai
Pintu dan bangkainya yang dibeli untuk menyiapkan rumah warden
Semoga semua amalan kita diterima Allah sebaik-baiknya
Aamiin
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama