Pada hari isnin 27 syawwal 1429 bersamaan 27 oktober 2008
kami telah berjaya mengadakan gotong-royong sebagaimana dirancangkan.
Pihak Madrasah amat berbesar hati atas kesanggupan sukarelawan semua mengimfaqkan waktu cuti mereka untuk menjayakan gotong-royong ini.
Terusik hati bila sahabat lama yang datang pada hari itu berpesan agar jangan lupa sms lagi bila ada gotong-royong seumpama ini.
Kami juga amat menghargai atas sumbangan semua pihak dalam semua bentuk sumbangan (pandangan,sokongan moral, bahan-bahan binaan, keewangan dan lain-lain)
Semoga semua sumbangan anda diterima oleh Allah dan diberkati hidup olehNya kehidupan anda dan kami didunia dan akhirat.
Berikut ialah sebahagian daripada gambar-gambar yang diambil pada pagi 27 Syawwal 1429
Gambar 1:Bangunan Masjid Dari Arah Barat-Daya

Gambar 2 : Bangunan Masjid Dari Arah Timur
Gambar 3 : Bangunan Masjid Dari Arah Barat-Laut

Gambar 4 dan 5 : Bangunan Masjid Dari Arah Utara

Gambar 6 dan 7 : Empat Batang Tiang Tengah Masjid

Gambar 8,9 dan 10 : Sebahagian Sukarelawan Yang Mengambil Bahagian Dalam Gotong-royong

Terima kasih atas sumbangan semua
InsyaAllah kita jumpa lagi