al Madrasah al Insaaniyyah

Isnin, 9 Mac 2009

Majlis Makan Petang TKO Central

Assalaamu`alaikum

Pada 12 Rabiul Awwal 1430 (090309) adalah hari cuti persekutuan sempena sambutan Maulidur Rasul.
Pihak Kelab TKO Central telah menganjurkan majlis makan petang. Majlis ini diadakan untuk menjayakan kutipan derma untuk 2 pusat pengajian tradisional. Kami dari AJK al Madrasah al Insaaniyyah diwakili oleh pengerusi usrah (Tuan Haji Abdullah),SU madrasah (Saudara Ya) dan Mudir madrasah yang telah hadhir.

Kami berbesar hati menghadhiri majlis ini kerana ia adalah satu simbol perihatin ummat atas kepentingan pendidikan Islam secara tradisi juga sebahagian kutipan adalah untuk madrasah kami.

Madrasah Al Insaaniyyah dan Ma`had Tahfiz al Anshoriyy (http://al-ansoriyy.blogspot.com/) adalah 2 pusat pengajian Islam tradisi yang telah dijadikan projek anak angkat TKO. Sekalipun kehadhiran tidaklah ramai sangat dan kutipan tidaklah sebesar mana, namun diharapkan ia adalah satu permulaan yang baik.

Mudir al Madrasah al Insaaniyyah menerima sumbangan dari pihak penganjur (tuan rumah)


Pihak penganjur menyampaikan sumbangan kepada wakil ma`had tahfiz al anshoriyy.


Turut datang menjenguk ahli parlimen kawasan yang prihatin (bersongkok)


Mereka yang berjaya hadhir tepat pada masanya. Tahniah kepada anda yang bijak menguruskan masa (Yang sampai lewat takder dalam gambar ini)


Terima kasih pada Kelab TKO Central, terima kasih kepada TKO global.
Tahniah kepada tuan rumah walaupun uzur tetapi tetap berusaha menjayakan majlis ini
dan penghargaan khas kepada Encik Kesuma atas idea anda.

Terima kasih pada semua.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama