Pemasangan Kekuda Besi
Assalaamu`alaikum
AlhamduliLLaah pada hari sabtu(11 april 2009) gotong-royong telah diadakan untuk membantu tukang mengangkat naik kekuda keatas tetulang bangunan masjid.
Namun gambar-gambar gotong-royong pada hari itu belum saya dapati.
Saya juga tidak berpeluang hadhir atas sebab kematian salah seorang ahli keluarga isteri (sepupu).
Kebetulan saya yang ditugaskan mengimamkan solat jenazah itu juga doa selepas selesai pengkebumian.
Namun Ustaz Sobri berkesempatan merakamkan gambar pada hari berikutnya (ahad 12 april 2009). Terima kasih tidak terhingga terhadap beliau yang seolah-olah sudah menjadi jurugambar rasmi pembinaan ini
Masjid dari arah barat
Masjid dari arah barat daya
Masjid dari arah timur
Masjid dari arah tenggara
Kerja-kerja memasang kekuda mengalami kelewatan dari jangkaan awal. Ini disebabkan pada petang sabtu (11 april)salah seorang tukang dari bangsa Acheh ini telah jatuh dari ketinggian 10 kaki keatas lantai konkrit. Tulang belakang betis kanan beliau dipercayai patah. Oleh sebab itu beliau terpaksa berehat.
Dijangkakan kerja-kerja ini mengambil masa 2 hari lagi.
Setakat ini kerja-kerja pemasangan itu hanya untuk bahagian asas masjid iaitu untuk 40 x 40 kaki persegi. Untuk serambi masjid 9 kaki bahagian depan,belakang kanan dan kiri akan dibuat pemasangan dimasa akan datang. Ini disebabkan kami belum memasang tiang serambi dengan sempurna.
Kami juga baru membuat pembayaran separuh (rm 10,000.00) daripada jumlah keseluruhan yang sepatutnya kami bayar. Mujurlkan kontrator pemasangan kekuda ini (Encik Zainal) seorang yang boleh bertolak ansur.
AlhamduliLLaah atas segalanya.
Semoga dipermudahkan ya Rabb!
Terima kasih
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama