al Madrasah al Insaaniyyah

Isnin, 8 Mac 2010

SUMPAH MELAYU (Entah Betul Entahkan Tidak)

Assalaamu`alaikum
Jangan ada sesiapa kutuk pulak yer
Sekadar cuba mengunakan kaedah yang berlainan
Sekadar merakamkan apa yang diterima melalui email

Dato' Onn
Pengasas Negara Bangsa

SUMPAH MELAYU

KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini
berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan
iri hati, bertelagah dan berbalah sesama sendiri.

KAMI berjanji akan bersatu padu dan patuh
menegakkan agama Islam.

KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk
menyara diri dan keluarga kami.

KAMI sedia bersaing sesama umat Melayu
dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat.

KAMI, umat Melayu Islam bersumpah setia untuk:

* Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu.
* Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
* Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa
Melayu; dan
* Mempertahankan maruah Negara supaya aman
sejahtera.


Saya kutip dari email Saudara Ghazali Rahmat kepada SIM yahoo groups

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama