al Madrasah al Insaaniyyah

Selasa, 11 Mei 2010

Lokasi Madrasah Insaaniyyah

Assalaamu`alaikum

Kadang-kadang ada pertanyaan tentang lokasi madrasah
selalunya saya cadangkan penanya agar merujuk link dibawah

http://madrasah-insaaniyyah.blogspot.com/2008/05/assalaamualaikum-ada-seseorang-yang.html

Tetapi gambar-gambar didalam rencana itu agak kecil
Oleh kerana itu disini saya kemukakan gambar lain yang saya copy pastekan dari Google Earth percuma

Semoga ia gambar-gambar ini dapat memberikan gambaran yang lebit jelas lagi kepada pembaca blog ini(gambar-gambar ini boleh dibesarkan dengan klikkan tetikus desebelah kiri 2 kali)







Saya edit tulisan lama berkenaan lokasi madrasah kesini tanpa gambar lama
Assalaamu`alaikum

Ada seseorang yang bertanya peta menuju kemadrasah kita ini.
Disini paparkan gambar lokasi al Madrasah al Insaaniyyah
yang diambil melalui Google Earth


Dalam gambar ini belum kelihatan lagi madarasah ini. Ini disebabkan saya menggunakan program Google Earth percuma. Oleh kerana itu gambar lokasi ini ialah gambar lama, manakala projek kita baru bermula tahun 2007.

Kita mulakan perjalanan dari Kuala Terengganu

Sambil merujuk gambar diatas

Kita mulakan perjalanan kita dari timur kebarat.

Kampung pertama yang kita tempuhi (didalam gambar atas sebelah kanan) ialah Kampung Pak Kancil. Dibelah kanan jalan kita akan temui Hospital Setiu.

Selepas itu diatas bukit Rumah Rehat Pejabat Daerah Setiu.

Teruskan perjalanan sehingga Kampung Buloh (ada dituliskan nama kampung ini didalam peta) Sekarang nama kampung ini telah ditukar kepada Bandar Permaisuri, pembangunan Daerah Setiu berpusat disini.


Dari Bandar Permaisuri kita akan ketemu Masjid Utama disebelah kanan atas bukit.

Terus lagi Steysen Minyak Caltex sebelah kiri, kemudian Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan disebelah kanan.

Kemudian Sekolah Menengah Tengku Ibrahim diatas bukit sebelah kiri ,disebelah kanan pula Kompleks Ibu Pejabat Daerah Setiu (dalam pembinaan).

Disitulah Kampung Apek, Terus kedepan sikit disebelah kanan terdapat simpang ke Sekolah Rendah Permaisuri dan Perumahan Binjai Manis. Sila ambil jalan simpang tersebut. Teruskan perjalanan 1 kilometer. InsyaAllah anda akan temui tapak Madrasah ini diatas bukit.


Dalam gambar boleh kita lihat ;

1.Sekolah Menengah Tengku Ibrahim bawah sebelah kiri.

2.Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu disebelah kanan.

3.Simpang tiga (persimpangan antara jalan Kuala Terengganu ke Kota Bahru dan simpang masuk ke al Madrasah al Insaaniyyah)

4.Sekolah Rendah Permaisuri (Setelah masuk simpang disebelah kiri )

5.Perumahan binjai Manis (juga disebelah kiri jalan menuju ke Madrasah ini)

Terus lagi setengah kilometer disebelah kiri diatas bukit,disinilah tapak al Madrasah al Insaaniyyah, Kampung Kederang, Setiu Terengganu.

Syukran dan dijemput datang untuk melihat-lihat proses pembinaan... untuk menderma sila rujuk ruangan sebelah kiri blog ini... terima kasih.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama