Jamuan Akikah Di Madrasah Insaaniyyah
Assalaamu`alaikum
Pada hari jumaat 30 julai 2010 jamuan diadakan di madrasah Insaaniyyah. Gulai daging lembu ini sebenarnya adalah akikah.
Kami merancang untuk sembelih lebu tersebut jam 6.15 pagi sebaik sahaja selesai solat subuh jumaat namun masa sembelihan telah tertangguh 2 jam.
Pada ketika lembu diturunkan dari lori ia telah terlepas lari dan hilang dalam kegelapan malam. Pagi besok iaitu 12 jam kemudian seseorang memberitahu beliau telah berjaya menambat lembu tersebut dibelakang rumah beliau.
Jam 8.15 pagi Haji Lah menyembelih lembu akikah tersebut
Disebabkan kelewatan ini gulai hanya dapat dimakan jam 11.15 pagi.
Selalunya kuliah pagi jumaat berakhir sekitar jam 10.30 pagi, namun pada pagi ini ia hanya berakhir jam 11.15pagi.
Tetamu dari jauh akhirnya tiba juga
Takde tikar,kerusi atau meja, tak kisahlah asalkan dapat makan
makan gaya bebas
makan gaya bebas
Orang sedang makan-makan ada juga yang main air lopak
Barisan asaatizah makan kat dalam
Akhirnya sampai jugak nasi dan gulai daging akikah
Lembu dah bersedia untuk disembelih
Usaha memujuk lembu untuk direbahkan untuk disembelih
Kat sini rupanya lembu akikah ni
Selepas lebih lebihkurang 12 jam lembu hilang akhirnya jumpa juga
Bawak lembu menuju tempat penyembelihan
Lewat petang khamis (29072010) lembu dah dibeli untuk akikah
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama