Gotong-Royong 20 Julai 2010 (selasa)
Assalaamu`alaikum
Sempena cuti Pertabalan Sultan Mizan Zainal Abidin pihak madrasah Insaaniyyah telah mengadakan program gotong-royong. Hanya lebihkurang 10 orang sahaja mengambil bahagian pada hari ini.
Antara yang sempat dilakukan ialah:
1.Kerja-kerja mengenal pasti dan menandakan tapak bangunan asrama dan kuaters warden
2.Pemasangan acuan untuk menuang simen konkrit atap mihrab masjid Madrasah al Insaaniyyah
Hari ini juga lawatan tapak telah dilakukan oleh tukang yang bakal mengambil upah untuk kerja-kerja peringkat awal membina bangunan madrasah.
Kayu satu-dua dipacakkan menandakan tapak bangunan asrama lelaki yang bakal dibina
Sentuhan Tok Wan diperlukan disini, ketelitian beliau amat terpuji, bercuti dari menoreh getah demi menyumbang tenaga dan idea untuk pembangunan madrasah ditemani al Amiinul Am yang setiasa berusaha.
Pembantu juruteknik yang lain sedang bercuti, namun yang seorang ni rasa tidak selesa bercuti, turun padang memantau kerja-kerja awal pembinaan bangunan asrama
Agenda wajib nih, rehat makan dan minum
Abang Halim dan teamnya mempersiapkan acuan untuk diisi simen konkrit untuk pemasangan atap mihrab daripada simen
Cikgu Mad mengukur panjang atap untuk mempastikan kepanjangan besi konkrit yang diperlukan
Jangan salah sangka, ini bukan pemain bola terkenal dari Setiu tu sebaliknya salah seorang anak buah Cikgu Mad nih.
Besi dipotong untuk menyokong simen konkrit atab mihrab masjid
Siapa kata pensyarah maktab tiada bakat melakukan kerja lain dari bersyarah
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama