Pagi Rabu 27 Oktober 2010
Assalaamu`alaikum
AlHamduliLLah kerja-kerja menyiapkan sedang rancak. Pemasangan jubin tandas ditangguhkan mungkin untuk mempastikan bangunan asrama siap dengan cepat. Pemasangan jubin tandas dan penyiapan bangunan madrasah dilakukan oleh pasukan tukang yang sama.
Namun penyiapan bangunan kuater warden agak perlahan. Bangunan ini disiapkan oleh pasukan tukang yang lain. Namun pemasangan atap rumah warden telah siap.
AlHamduliLLaah pada pagi ini sempat meninjauu kerja 2 pasukan tukang
Satu pasukan (2 orang) berusaha menyiapkan rumah warden
Pasukan ke 2 telah siapkan pemasangan bingkai pintu dan pemasangan bata dinding bangunan asrama. Sekarang mereka sedang melata diding bangunan asrama.
Pembangunan dimadrasah agak agresif atas dasar untuk mempastikan program cuti sekolah dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan terancang. Maka pengaliran keluar duit madrasah agak laju. Diwaktu yang sama pengaliran masuk wang sumbangan selepas ramadhan adalah perlahan.
Maka sumbangan para penderma pada waktu ini adalah sangat sesuai. Sumbangan boleh diberikan kepada penama yang disenaraikan ditepi halam blog ini atau bank-in terus keakaun berikut
1.Agro Bank
No. Akaun: 2006363000013125
Atas nama : Tabung Al Madrasah Al Insaniyah
atau
2.BIMB
No. akaun : 13017020483845
Atas nama Abdul Ghani bin Muda (mudir madrasah)
atau
3.Maybank
No. akaun : 163019432797
Atas nama Abdul Ghani Bin Muda (mudir madrasah)
Mohon agar dimaklumkan kepada beliau ditalian 019 9380765
Untuk sebarang maklumat boleh menghubungi :
Bendahari (baru) AJK al Madrasah al Insaaniyyah
Saudara Ya bin Ibrahim
013 9225524
atau
Mudir Madrasah
Ustaz Abdul Ghani bin Muda
014 5441837
Email Mudir Madrasah: abdghoniyy@yahoo.com
Terima kasih
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama