al Madrasah al Insaaniyyah

Ahad, 28 Februari 2010

Pemasangan Seramik Lantai Dah Siap

AlhamduliLLaah kerja-kerja berjalan sederhana. Pemasangan lantai seramik dewan solat (3160 kaki persegi) masjid madrasah dah pun siap. Namun bahagian serambi masih masjid (utara,selatan dan timur 1444 kaki persegi) belum punyai peruntukan maupun penyumbang untuk memasang lantai seramik padanya. AlhamduliLLah walaupun hanya pelatih giat mara namun kerja pemasangan tile berjaya disiapkan.









Penghargaan harus diberikan kepada adik-adik pelatih giat mara yang masih setia melakukan kerja-kerja penyiapan masjid madrasah



Apa keadaan sekalipun, kelas pengajian tetap dijalankan untuk sesiapa yang dahagakan ilmu.



Tok Wan dan Abang Halim meninjau kerja-kerja yang telah dilakukan untuk mencadangkan kerja-kerja berikutnya





Tandas juga telah hampir siap. Kerja-kerja menyiapkannya dengan cara mengupah pekerja Indonesia. Kerja-kerja kerap terhenti disebabkan kehabisan simen. Selalu sahaja jangkaan kami tidak menepati keperluan kerja-kerja mereka. Cara kerja yang berbeza. Melata lantai dan dinding selalu sahaja melepasi jangkaan kami dari segi jumlah simen yang digunakan








Simen habis


Tidak berapa lama lagi kami akan mulakan pembinaan rumah guru pula.

InsyaAllah cuti khamis nanti kami akan mengadakan gotong-royong menyusun semula atap serambi masjid.

Sekalung penghargaan keatas semua yang terlibat menjayakan projek untuk ummat Islam ini.

Wassalaamu`alaikum

Sabtu, 20 Februari 2010

Perkembangan Mutakhir (sebelum 19 febuari 2010)

Lantai masjid madrasah telahpun siap disimen dengan simen konkrit pada gotong-royong sbtu 23 januari 2010 yang lalu



Kami telah mengupah pelatih giat mara untuk melatakan lantai masjid (luar dan dalam) dan telahpun mereka siapkan diawal bulan febuari 2010






Kami juga mengupah mereka untuk memasang lantai seramik dah hampir siap, kehabisan simen menyebabkan sedikit kerja-kerja memasang lantai seramik (tile) gagal disudahkan sehingga hari jumaat yang lalu.







Pemasangan diperingkat awal masih kemas dan agak cantik kerana masih dipantau oleh Cikgu mad





Dah hampir siap








Kontaktor pemasangan kekuda telah menghantar besi peles diawal bulan febuari 2010


Besi peles ini siap dipasang pada minggu kedua febuari 2010







Setiasusaha AJK Madarasah tidak jemu-jemu meninjau hasil kerja dari semasa kesemasa


Paip air SATU telah dipasang diawal febuari 2010

19 febuari 2010




















Sebelum 19 febuari 2010