al Madrasah al Insaaniyyah

Ahad, 13 Mac 2011

Majlis Ilmu Ustaz Azhar Idrus di Madrasah al Insaaniyyah

Pada 12 mac 2011 (sabtu) jam 2.30 petang untuk kali pertama Ustaz Azhar Idrus menyampaikan tazkirah dalam program makan sambil menderma@Sepetang Bersama Ustaz Azhar Idrus.

Pada mulanya tazkirah dijadualkan jam 2 petang, namun hujan yang lebat tidak mengizinkan al Faadhil Ustaz tiba pada jam 2 petang. Oleh sebab tu lah tazkirah hanya bermula jam 2.30 patang dan berakhir jam 3.30 petang.

Selepas program tersebut terlalu besar permintaan masyarakat di Setiu agar al Faadhil Ustaz dapat memasukkan Madrasah al Insaaniyyah dalam taqwim atau jadual kelas pengajain beliau. Pihak madrasah mengalu-alukan hasrat ini dan mencadangkan agar masyarakat Setiu berusaha dengan cara masing-masing agar hasrat mereka ini dapat terlaksana.

Tetamu mengambil peluang untuk makan sebelum acara kemuncak (tazkirah) bermula





Ustaz Azhar sedang menyampaikan tazkirah beliau





Kalangan muslimin yang hadhir






Kalangan muslimat yang turut hadhir


Kereta diletakkan ditepi jalan disebabkan kawasan pankir becak teruk selepas hujan selama 4 hari

Kawasan halaman masjid penuh dengan kereta

Ruang dalam masjid mulai penuh

Kemudian.... hadhirin dan hadhirat melempah keluar




Tazkirah berakhir, para hadhirin dan hadhirat menunggu hujan reda dan kesesakan jalan diatasi sebelum mereka merasa selesa untuk pulang




Selepas tazkirah al Faadhil Ustaz Azhar pulang ke Kuala Terengganu

Selepas al Fadhil Ustaz pulang muslimin dan muslimat mulai pulang kedestinasi mereka


Semoga semua yang terlibat mendapat hasil disisi Allah atas semua susah payah dan penat lelah mereka dalam menjayakan program ini

Terima kasih kepada al Fadhil Ustaz (mohon maaf kerana lupa nak pelawa makan kenduri) Ustaz pun memang bergegas pulang untuk program di Selatan Terengganu pula.
Juga kepada Kelab TKO Timur
dan pihak AJK Madarasah al Insaaniyyah dan penduduk kampung sekitar yang telah mencurahkan tenaga dan masa mereka untuk menjayakan program ini.

Terima kasih

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama