al Madrasah al Insaaniyyah

Sabtu, 12 Mac 2011

Makan Sambil Menderma 12 mac 2011/Sepetang Bersama Ustaz Azhar

Assalaamu`alaikum
Pada tanggal 12 mac 2011 (sabtu) pihak Madrasah al Insaaniyyah mengadakan program "Makan Sambil Menderma". Program ini adalah anjuran bersama antara Madrasah al Insaaniyyah dan Kelab TKO(Tranungkite online)Timur

Selain dari itu mudir madrasah juga melakukan akikah dengan 2/7 bahagian dari lembu yang disembelih dan menumpang program ini untuk menjemput beberapa orang ahli keluarga dan kenalan sempena perkahwinan anak pertama beliau pada 11 mac 2011 (jumaat)
Awal pagi sabtu
Cubaan merebahkan lembu untuk disembelih

Lembu telah direbahkan

Tukang sembelih memulakan tugasnya

Dah selesai sembelih
menunggu lembu mati sepenuhnya

Kerja-kerja melapah lembu


Daging dibawa dengan kenderaan ke Madrasah al Insaaniyyah dari tapak sembelihan

Kerja-kerja memotong daging dibangunan tambahan asrama yang sedang dibina


Tuan Haji Lah memerhatikan anak-anak muda melakukan kerja mereka sebelum beliau mengetuai kerja-kerja memasak "Singgang Setiu"


Muslimat Kampung Kederang dan Kampung Apek sedang melakukan kerja-kerja dapur

Di Pisat Giat Mara Cikgu Mad mengajar tentang bangunan
Hari ini Cikgu Mad mengajar menyiang daging

Benarlah "pemimpinmu adalah khadammu"

Kuali dibasuh

Dapur dan dewan makan dalam pembinaan digunakan sebagai tempat menyiang daging dan memasak

Permulaan memasak daging

Ajk masak-memasak sedang bertugas

Daging ni besar sangat ni, perlu dipotong lagi

Inilah istimewanya "Singgang Setiu" gula Melaka pun digunakan juga

Berapa banyak nak kuah singgang ni?

Dah masak pun gulai ni
Satu kawah besar yang boleh memasak lauk sebanyak 3 kawah biasa

Persiapan terakhir agar majlis berjalan dengan sempurna
Kadang-kadang jadi cikgu ni boring juga, apa salah sesekali jdi mekanik eletrik

Selalunya berkhidmat kat maktab dan sekolah, hari ini kena khidmat kat sini

Para pendidik boleh melakukan pelbagai perkara, asalkan hati rasa senang

Rombongan ajk kelab-kelab TKO bersiap-siap untuk makan

Rombongan kelab TKO dan keluarga bersembang-sembang ditepian bukit dihalaman masjid

Serambi asrama yang masih dalam pembinaan digunakan sebagai tempat makan muslimiin

Tazkirah al Faadhil Ustaz di Majlis Sepetang Bersama Ustaz Azhar Idrus telah bermula

Sebahagian muslimin yang hadhir


Sebahagian muslimaat yang hadhir

Kawasan letak kereta alternatif tidak dapat digunakan disebabkan hujan berterusan 4 hari menyebabkan kawasan tersebut becak teruk

Warga tua yang bertongkat(tiada dalam gambar) dibantu oleh sianak untuk ikut sama

Mereka yang duduk diserambi masjid sebelah selatan bangunan masjid(muslimin)

Mereka yang duduk diserambi masjid sebelah timur (muslimat)

"Upacara simbolik" wakil penyumbang dari Terengganu yang menyampaikan sumbangan kepada mudir madrasah
Sebenarnya sumbangan telah dibuat pada awal ketibaan rombongan ini dan melalui akaun beberapa hari yang lepas

Wakil penyumbang dari luar Terengganu yang mewakili beberapa kelab TKO menyampaikan sebahagian dari sumbangan. Sebahagian lagi melalui akaun.

Tazkirah sudah tamat,
tetamu lelaki yang belum makan menuju asrama untuk makan
Sebahagian yang lain sedang bergambar dan bersalaman dengan penceramah jemputan

Al Fadhil Ustaz melangkah turun untuk pulang

Hadhirin dan hadhirat tidak tergesa-gesa pulang
yang belum makan nasi dan daging singgang sedang menunggu mereka

Pemasangan kipas(sumbangan ahli kelab TKO) dipejabat asrama
Satu kipas lagi dipasang dikuaters mudir


Tetamu yang terakhir pulang


Terima kasih kepada semua yang terlibat

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama