Gotong-Royong Sempena Cuti Maulidur Rasul 15 Febuari 2011
Assalaamu`alaikum
Gotong-royong hari ini tidak semeriah gotong-royong yang pernah diadakan. Sambutan kurang memberangsangkan. Kerja-kerja mengecat rumah warden sehingga tengahari hanya separuh sahaja.Kehadhiran tidak mencapai jumlah 20 orang yakni tidak mencapai separuh dari jangkaan kami. Namun nasi dagang yang ditempah insyaAllah habis dimakan.
Disamping gotong-royong kami juga menyewa lori dan jengkaut untuk kerja-kerja meluaskan halaman masjid.
Dinding rumah warden sebelum kerja mengecat bermula
Sentuhan pertama dalam kerja-kerja mengecat
Gotong-royong sedang berjalan
Selepas kerja mengecat
Kehadiran yang tidak ramai menyebabkan tidak banyak kerja yang dapat dilakukan. Gotong-royong tertumpu pada kerja-kerja mengecat selain dari pembersihan kawasan. Ada beberapa kerja yang dicadangkan tidak dapat dilakukan.
Perkara yang berjaya dilakukan pada hari ini (15 febuari
hari cuti sempena sambutan maulidur-Rasul)
1.Gotong-royong mengecat rumah dan membersihkan kawasan (belum siap sepenuhnya)
2.Tukang memasang lantai dan dinding bilik air dengan jubin dan siap (dengan upah)
3.Jentera (case) menyodok bukit untuk luaskan jalan laluan masuk kemadrasah (dengan sewa)
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama