al Madrasah al Insaaniyyah

Rabu, 28 Mei 2014

Pembinaan Lantai Tingkat 2 Dijangka Khamis 5 jun 2014

Assalaamu`alaikum AlHamduliLLaah akhirnya kerja-kerja pembinaan lantai tingkat 2 dapat dimulakan. Bermula khamis 22 mei 2014 4 orang tukang menyambung kerja-kerja membuka acuan lantai tingkat 1 dan memasangnya kembali untuk tingkat 2.

 = = Rentak kerja menjadi perlahan adalah disebabkan aliran sumbangan yang agak perlahan. Terutama sumbangan yang dimasukkan keakaun-akaun disebelah blog ini agak berkurangan atas banyak faktor. Ini mendorong pihak kami mencari pendekatan yang lain. Yang paling utama ialah jualan lantai yang telah dibina (lantai tingkat 1) dengan nilai 50 ringgit setiap satu kaki persegi (beli kemudian wakaf)

= = Dalam jangka masa sebulan kami dapat hasil jualan kurang lebih 10 ribu ringgit. Dicampur sumber yang lain kami sudah punyai beberapa belas ribu ringgit. Cukuplah sekadar untuk membeli bahan-bahan binaan untuk lantai tingkat 2 .

= = Jumlah duit yang terkumpul belum cukup untuk membayar upah tukang yang akan menyiapkan kerja-kerja pembinaan lantai tingkat 2 tidak kurang 10 ribu ringgit. Ini memberi maksud kami perlu dapatkan kurang lebih 10 ribu ringgit sehingga kerja-kerja dilakukan pada 5 jun 2014 nanti.

= = Saluran sumbangan masih lagi melalui akaun-akaun yang dipaparkan sekian lama
1.Agro Bank 
No. Akaun: 2006363000013125 
Atas nama : Tabung Al Madrasah Al Insaniyah 

 2.BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) 
Nombor akaun : 13017020483845
 Atas nama Abdul Ghani bin Muda (mudir madrasah) 

3.Maybank 
Nombor akaun : 163019432797 
atas nama Abdul Ghani Bin Muda (mudir madrasah)

 ditambah dengan satu lagi akaun terbaru seperti dibawah. 

BSN (bank Simpanan Nasional) 
Nombor Akaun: 1155041000011226 atas nama Madrasah al- Insaniyyah 



= = = Sehingga 27 mei 2014
Lawatan guru-guru GiatMara Setiu
Pandangan ditingkat atas (tingkat 1)
Pandangan dari arah timur laut
Pandangan dari arah barat daya
Pandangan dari jauh (dari arah timur laut)
Terima kasih atas sokongan dan dokongan anda semua.