Tiang Serambi Masjid Telah Didirikan (160509)
AlhamduliLLaah, asyukru liLLaah.
Pada hari sabtu yang lalu tiang-tiang roman sepanjang 8 kaki berjaya didirikan kesemuanya dikeliling masjid.Pada hari ini didirikan 15 batang tiang lagi menjadikan jumlahnya 16 batang. Hari tersebut adalah hari yang sibuk kepada ajk madrasah. Tuan mudir juga tidak hadhir gotong-royong kerana menghadhiri program di Paka.
Tahniah kita ucapkan kepada Saudara SU,Ketua tukang,bendahari usrah dan beberapa orang yang lain. Meskipun mereka tidak ramai, namun daya juang yang tinggi menjayakan kerja-kerja mendiri dan menegakkan kesemua tiang-tiang serambi masjid ini.Allahlah yang akan membalas sumbangan bakti tuan-tuan.
Tiada gambar peserta gotong-royong kali ini kerana "cameraman" juga uzur pada hari itu. Terima kasih Ustaz Sobri atas gambar-gambar yang dibekalkan.
Kerja kita selepas ini insyaAllah memasang geta diatas tiang-tiang serambi. IsyaAllah geta akan dipasang dengan menggunakan kayu. Iaitu sumbangan kayu masjid lama yang telah lama kita simpan. Siap geta dipasang bolehlah tukang datang meneruskan kerja-kerja pemasangan kekuda besi untuk serambi masjid ini.
Apa yang boleh kita lakukan sementara ini ialah menyambung kerja pemasangan atap dan kerja-kerja menyiapkan tandas (semalam (isnin)Abang Halim dan anak buah beliau telahpun menyambung kerja ini dengan pemasangan turus pintu utama tandas wanita)
Terima kasih
Pandangan dari arah barat daya
Pandangan dari arah barat
Pandangan dari arah barat laut
Pandangan dari arah timur laut
Padangan dari arah timur
Pandaaangan dari arah tenggara
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama