al Madrasah al Insaaniyyah

Ahad, 16 Mei 2010

Kelas Pengajian Minguan Hari Jumaat 7 mei 2010

Salaamullaahi `alaikum

AlHamdulillaah, sebagaimana yang dijangkakan kelas pengajian minguan untuk masyarakat umum setiap pagi jumaat berjalan dengan baik dan sederhana.
Jadual rasmi ialah antara jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Pengajaran berpandukan kitab-kitab berikut
1.Tafsir Pimpinan ar Rahman
2.Riaadhus Shoolihiin (hadis)
3.Hidaayatus Shibyaan (Tauhid dan fekah)
4.Minhaajul `Aabidiin (tasawwuf)

Semua kitab yang digunakan adalah kitab jawi dan ada edisi rumi bagi setiap kitab yang dibaca yang boleh didapatkan dikedai-kedai buku.

Dibawah ni adalah gambar jamaah lelaki yang diambil ketika pengajian sedang berjalan pada 7 mei 2010






Mungkinkah akan diselitkan dengan kitab-kitab arab dimasa akan datang? Penilaian akan dibuat dimasa akan datang?

Buat masa ini kelas pengajian menggunakan teks arab ialah pada lewat petang hari ahad dan rabu setiap minggu. Namun kehadhirannya masih terhad kepada para ustaz. Bila sistem pendawaian letrik telah sempurna insyaAllah konsep kelas petang ini akan dibuat penambahbaikan agar ia lebih sesuai untuk pelbagai peringkat dan tahap kemampuan ilmu.

Kelas Petang (ahad dan rabu)
Antara pelajar yang hadhir kelas petang,kadang-kadang hanya 2 atau 3 orang sahaja yang hadhir

Antara bentuk pendedahan yang dibuat pada peringkat awal operasi

Semoga segala usaha diberkati Allah

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama