Hadis hari Ini (Banyakkan Solat untuk bersama Nabi diakhirat)
رَبِيعَةُ بْنُ كَعْبٍ الْأَسْلَمِيُّ قَالَ
كُنْتُ أَبِيتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَتَيْتُهُ بِوَضُوئِهِ وَحَاجَتِهِ فَقَالَ لِي سَلْ فَقُلْتُ أَسْأَلُكَ مُرَافَقَتَكَ فِي الْجَنَّةِ قَالَ أَوْ غَيْرَ ذَلِكَ قُلْتُ هُوَ ذَاكَ قَالَ فَأَعِنِّي عَلَى نَفْسِكَ بِكَثْرَةِ السُّجُودِ
Terjemahan:( Dari)Rabi’ah bin Ka’ab, al-Aslami katanya: “Pernah aku bermalam bersama Rasulullah, lalu mengambilkan air untuk wuduk untuk Baginda dan melayani keperluan Baginda lainnya. Setelah itu Baginda bersabda: Mintalah kepadaku.
Aku berkata: Aku memohon kiranya aku boleh bersama-samaTuan di dalam syurga kelak. Baginda berkata: Adakah permintaan selain itu? Aku menjawab: Hanya itu saja. Baginda bersabda: Jika begitu, tolonglah aku untuk bersamamu dengan membanyakkan sujud,
(Hadis riwayat Muslim)
Maksud membanyakkan sujud ialah banyak melakukan ibadah solat
Idea untuk posting hadis ini datang dari yahoogroups surau kampung
Doa selepas solat
Nabi ajarkan Muaz agar berdoa setiap kali selepas solat dengan doa ini
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Terjemahan: Ya Allah, berikan pertolongan kepadaku untuk mengingati/menyebutMu, mensyukuriMu dan mengelokkan ibaadah kepadaMU
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama