al Madrasah al Insaaniyyah

Ahad, 23 Mei 2010

“Awwaluddin Ma’rifaatullah”

BismillaahirRahmaanirRahiim



“Awwaluddin Ma’rifaatullah”

Kewajiban yang mula-mula sekali dalam agama Islam ialah mengenali Allah.



“Awwaluddin Ma’rifaatullah”

Adalah satu ungkapan yang dimulakan oleh tokoh tertentu dikalangan assalafus sooleh. Sekalipun ungkapan itu bukanlah hadis RasuluLLaah, namun maknanya adalah benar dan tepat. Maka ia telah disebut secara meluas oleh para ilmuan Islam.



Disana kita tidak menafikan ada kalangan yang menganggapnya sebagai hadis Rasul, kita serahkan perbincangan tentang itu kepada ilmuan dalam bidang hadis



Apakah maksud “Awwaluddin"?



Maksud “Awwaluddin"ialah kewajiban yang pertama dan paling utama. Ia tidak membawa maksud jangan kita suruh anak-isteri bersolat,berpuasa dan sebagainya sehingga terlebih dahulu mereka telah kita pastikan mereka kenal Allah.



Menyuruh anak-anak melakukan solat dan lain-lain bermula sebaik sahaja mereka sempurna berumur 7 tahun qomariyyah (tahun hijrah). Perkara itu jelas dari hadis RasuluLLaah. Setiap suami hendaklah mempastikan semua isteri-isteri mereka mematuhi perintah Allah dan perintah Rasul tanpa perlu terlebih dahulu mempastikan mereka telah kenal Allah.



Perlu juga ditegaskan semua amalan tidak akan diterima Allah tanpa "Ma’rifaatullah”



Apakah maksud "Ma’rifaatullah” (kenal Allah)

Ma’rifaatullah” disini bukan sebagaimana yang dikurniakan kepada para ahli sufi. Kenal Allah yang mendalam adalah anugerah Allah kepada mereka yang taat dan istiqoomah.



Sebaliknya Ma’rifaatullah disini apa yang para ulamak simpulkan didalam 3 perkara

1.Aljazmu

2.Almuthoobiq lilwaaqi`

3.`An dalil



Aljazmu Almuthoobiq lilwaaqi` `An Dalil



Keyakinan yang tepat sebagaimana realiti (tentang kewujudan Allah dan sifat-sifatnya) berasaskan dalil.



akan bersambung

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama