al Madrasah al Insaaniyyah

Jumaat, 6 Ogos 2010

Pengisytiharan Wakaf Masjid Madrasah

Assalaamu`alaikum

Pada hari ini jumaat 25 Sya`baan 1431 hijriyyah bersamaan 6 aghustus tahun 2010 milaadiyyah rasmilah bangunan masjid dan tapaknya di Madrasah Insaaniyyah diwakafkan. Mudir Madrasah telah melafazkan sighah lafaz itu selepas kuliah pagi jumaat terakhir dibulan sya`baan.

Mulai saat tersebut sah dilakukan ibaadah i`tikaaf dan tahiyyatul masjid dilakukan pada bangunan ini 58x58 kaki campur dengan bahagian mihraab. Mulai saat ini juga terlarang keatas wanita ma`zuurah (haidh) berada didalamnya.





Kebarat bangunan Masjid Madrasah sedang dibina sebuah asrama lelaki untuk bakal pelajar yang akan tinggal dimadrasah ini




Tiang letrik dah pasang pada minggu ini.InsyaAllah tak lama lagi akan dipasangkan talian letrik kemadrasah.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama