al Madrasah al Insaaniyyah

Ahad, 7 November 2010

Sehingga jumaat 5 november 2010

Assalaamu`alaikum
Dibawah adalah sebahagian gambar pada hari jumaat 5 november 2010.
Kerja yang sedang berjalan ialah
1.Pembinaan rumah warden.
Kerja sekarang terfokus dibahagian dalam iaitu membuat bilik. Oleh kerana itu ia kurang menyerlah dibahgian luar.

2.Pemasangan jubin seramik pada bilik air.
Kerja hanya dilakukan secara part time oleh tukang kerana beliau juga seorang penjawat awam. Kerja belum siap tambahan lagi jumlah jubin yang dibeli untuk kali pertama tidak mencukupi.

(Gambar bawah dan atas)Bingkai pintu dalam bilik belum terpasang kerana bingkai yang diambil dari bangunan terpakai tidak sesuai digunakan oleh itu perlukan bingkai yang baru

(Gambar atas)Kelihatan 3 batang tiang dapur dan bilik air telah dihantar pembekal.Mungkin tukang menunggu cuaca yang lebih baik untuk memasang tiang tersebut

(Gambar atas dan bawah)Kerja menyambung bahagian dapur dan bilik air belum dimulakan


Gambar pada hari jumaat dalam rumah warden. Fokus kerja dibahagian dalam. Keadaan semasa ini jauh lebih maju berbanding dengan apa yang kelihatan didalam 3 keping gambar dibawah



Mak cik yang paling awal tiba bawak makanan dan meyapu serambi masjid sebelum kelas pagi jumaat bermula

Hadhirin bersalaman selepas kelas pagi jumaat tamat

Hadhirin memakan makanan yang dibawa yang lain pula bermuzakarah selepas kelas tamat


Gambar dalam bangunan asrama. Telah siap dilatakan hanya pintu dan cermin tingkap belum terpasang dan katil serta tilam belum disediakan





2 tin cat lapisan dalam dah habis namun dinding masjid belum dicat dengan sempurna




Pembangunan dimadrasah agak agresif atas dasar untuk mempastikan program cuti sekolah dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan terancang. Maka pengaliran keluar duit madrasah agak laju. Diwaktu yang sama pengaliran masuk wang sumbangan selepas ramadhan adalah perlahan.

Maka sumbangan para penderma pada waktu ini adalah sangat sesuai. Sumbangan boleh diberikan kepada penama yang disenaraikan ditepi halam blog ini atau bank-in terus keakaun berikut

1.Agro Bank
No. Akaun: 2006363000013125

Atas nama : Tabung Al Madrasah Al Insaniyah

atau
2.BIMB
No. akaun : 13017020483845

Atas nama Abdul Ghani bin Muda (mudir madrasah)

atau
3.Maybank
No. akaun : 163019432797

Atas nama Abdul Ghani Bin Muda (mudir madrasah)

Mohon agar dimaklumkan kepada beliau ditalian 019 9380765
Untuk sebarang maklumat boleh menghubungi :
Bendahari (baru) AJK al Madrasah al Insaaniyyah

Saudara Ya bin Ibrahim
013 9225524

atau
Mudir Madrasah
Ustaz Abdul Ghani bin Muda
014 5441837
Email Mudir Madrasah: abdghoniyy@yahoo.com

Terima kasih

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama