al Madrasah al Insaaniyyah

Sabtu, 4 Disember 2010

Khamis dan Jumaat Diawal Disember 2010

SalaamuLLaahi `ala manit taba`al huda

Beberapa perkara penting mulai terlaksana pada 2 dan 3 disember 2010.
1.Mengatasi becak(lecoh) pada laluan masuk kemadrasah
Khamis malam jumaat
Meratakan selori batu yang dilonggokkan kelaluan masuk dipetang khamis. Untuk pastikan hadhirin dapat masuk kemadrasah longokan batu ini mesti diratakan
gotong-royong dilakuak selama satu jam setengah dengan suluhan lampu kereta kelisa

Inilah hasilnya (pagi jumaat)



-Pada hari khamis 2 dis satu lori batu telah dihantar dan dilonggokkan pada laluan masuk ketapak madrasah. Sejak beberapa minggu yang lepas laluan masuk itu becak teruk natijah dari beberapa perkara iaitu pemasangan palong laluan air yang mengakibatkan tanah tidak mampat seperti keadaan sebelumnya. Kerja-kerja itu juga meyebabkan paip air ditepi jalan pecah tertusuk bahagian jentera pengorek,akibatnya tanah menjadi basah dan diikuti hujan yang berterusan. Keluar masuk lori membekalkan bahan binaan menambah parah lagi becak tersebut.

-Untuk mengelakkan mereka yang hadhir besoknya kekelas pengajian umum gagal masuk ketapak madrasah, maka pada malam tu juga ahli usrah guru-guru agama Daerah Setiu mengadakan gotong-royong selama satu jam setengah untuk meratakan longgokan batu tersebut.

2.Pemasangan kain rentang untuk "Kem Remaja Cemerlang"
1.Di Bandar Permaisuri

2.Di Puterajaya Pak Kancil

-Kem Remaja Cemerlang Siri 2 akan bermula isnin depan masa yang singkat menyebabkan ajk program menempah 2 kain rentang yang dipasang di 2 tempat berasingan. Satu berdekatan masjid Puterajaya Pak Kancil dan satu lagi di Bandar Permaisuri. Pada hari khamis kedua-duanya telah kelihatan terpasang.

3.Kelas Pengajian Umum Pagi Jumaat
Sebahagian hadhirin kekelas mingguan hari jumaat yang bersiap-siap untuk melakukan kerja gotong-royong dan sebahagian lagi bersiap untuk pulang


Kelas Pengajian Umum Pagi Jumaat diteruskan seperti biasa dan selepas itu dilakukan gotong-royong oleh 2 pasukan.

4.Gotong-royong Persiapan Untuk Kem Remaja Cemerlang

Satu pasukan menangani kebocoran atap masjid dengan memasang perabung dan menukar atap yang teserpih.
Satu kumpulan lagi mengemas asrama untuk penginapan peserta Kem Remaja Cemerlang Siri 2 khususnya memindahkan karpet dari bilik pejabat kebilik penginapan dibangunan asrama.


Mengatasi kebocoran atap masjid



5.Pemasangan jubin seramik dilantai serambi masjid
Persiapan untuk pemasangan jubin seramik dilantai serambi masjid



Sehingga tengahari jumaat inilah hasil pemasangan dibahagian serambi sebelah timur


-Pemasangan jubin seramik dilantai serambi masjid bermula pada hari jumaat (3/12/2010). Dijangkakan penyertaan ke Kem Remaja Cemerlang akan lebih ramai berbanding dengan siri satu 6 bulan yang lepas. Tabungan khas untuk projek ini mencukupi dan ada tukang yang kebetulan punyai kelapangan masa diwaktu ini.

Dibanguan Masjid inilah berlangsung pengajian mingguan hari jumaat dan akan dilaksanakan kem remaja cemerlang siri satu pada isnin,selasa dan rabu nanti



Semoga program yang dirancangkan berjalan dengan baik atau lebih baik daripada yang kami harapkan.
Moga segala pengorbanan kita semua diterima oleh Allah dan ia tercatat dalam catatan amalan kita semua sebaik-baiknya


Terima kasih

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama