al Madrasah al Insaaniyyah

Isnin, 6 Disember 2010

Persiapan Tempat Dan Prasarana Untuk Kem

AlhamduliLLaah semua pintu asrama telah dipasang tanpa kos tambahan dan sebahagian cermin tingkap telah dipasang bersedia untuk digunakan



Para sukarelawan memasang cermin tingkap dan karpet untuk penginapan peserta kem diasrama

Atap masjid siap dipasang perabung

Walaupun belum siap tetapi sekurang-kurangnya serambi masjid sebelah timur ini sesuai digunakan untuk tempat makan dan untuk LDK bagi 2 kumpulan dari 10 kumpulan peserta



Peserta kem sedang makan,ada yang sedang makan ada yang masih beratur untuk ambil makanan

Pemudahcara pun kebiasaannya makan disini juga


AlHamduliLLaah kolah siap dibaiki. Lebih mudah untuk anak-anak peserta kem mandi


Kami tidak sempat siapkan katil dan tilam untuk penginapan, kami hamparkan karpet lama dan dialas pula dengan tikar plastik untuk menjadi tempat tidur peserta kem dibangunan asrama


Lampu dipasang untuk menerangi laluan diwaktu malam

Madrasah belum mampu untuk membeli peralatan mahal seperti ini tambahan lagi penggunaannya hanya dalam waktu yang terhad. Peralatan ini dipinjamkan pihak tertentu


Longkang perlu dipasang agar saliran air berjalan dengan baik

Ketika kem sedang berlangsung selori batu lagi dihantar untuk menangani jalan yang becak

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama