al Madrasah al Insaaniyyah

Sabtu, 13 Mac 2010

Pintu Dan Tingkap Utama Telah Siap Dipasang

SalaamuLLaah `alaa manit taba`al huda

AlHamduliLLaah pada sabtu 13 mac 2010 pintu-pintu dan tingkap yang menggunakan slading telah dipasang dengan sempurna. Sehari dua ini hujan agak lebat membantutkan kerja-kerja gotong-royong.









Namun Abang Halim datang juga dicelah-celah kesibukan beliau dengan bantuan anak-anak buah beliau dan dengan nasihat teknikal datang melakukan kerja-kerja secara kcil-kecilan

Fokus beliau sekarang ialah penyambungan atap daripada tandas untuk membuat atap kolah tempat takungan air untuk berwudhu`

Semoga sentiasa dengan pertolongan dan ri`aayah Allah

Isnin, 8 Mac 2010

SUMPAH MELAYU (Entah Betul Entahkan Tidak)

Assalaamu`alaikum
Jangan ada sesiapa kutuk pulak yer
Sekadar cuba mengunakan kaedah yang berlainan
Sekadar merakamkan apa yang diterima melalui email

Dato' Onn
Pengasas Negara Bangsa

SUMPAH MELAYU

KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini
berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan
iri hati, bertelagah dan berbalah sesama sendiri.

KAMI berjanji akan bersatu padu dan patuh
menegakkan agama Islam.

KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk
menyara diri dan keluarga kami.

KAMI sedia bersaing sesama umat Melayu
dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat.

KAMI, umat Melayu Islam bersumpah setia untuk:

* Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu.
* Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
* Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa
Melayu; dan
* Mempertahankan maruah Negara supaya aman
sejahtera.


Saya kutip dari email Saudara Ghazali Rahmat kepada SIM yahoo groups