al Madrasah al Insaaniyyah

Rabu, 28 Julai 2010

15 Batang Tiang Asrama Telah Tegak

20 julai 2010 dilihat dari arah timur tapak asrama (15 batang tiang simen masih berbaring diatas tanah)

Seminggu kemudian (28 julai 2010)dilihat dari arah timur tapak asrama (tiang-tiang simen telah ditegakkan)


20 julai 2010 dilihat dari arah utara tapak asrama(15 batang tiang simen masih berbaring diatas tanah)

Seminggu kemudian (28 julai 2010)dilihat dari arah utara tapak asrama(tiang-tiang simen telah ditegakkan)


Rabu 28 julai 2010 bangunan asrama dilihat dari arah barat . Kelihatan hanya tiang yang berdiri akan dikuti penaga,kekuda,kayu panjang,pemasangan atap dan simen konkrit lantai. Selepas itu pembinaan akan dilihat kepada kemampuan keewangan, samada tawaqquf, disambung dengan gotong-royong atau terus dengan upah tukang sehingga siap.
Sumbangan dialu-alukan
Sila berhubung dengan:
Setiausaha AJK al Madrasah al Insaaniyyah
Saudara Ya bin Ibrahim
013 9225524
atau
Mudir Madrasah
Ustaz Abdul Ghani bin Muda
014 5441837
Email Mudir Madrasah: abdghoniyy@yahoo.com

Sumbangan boleh juga duat melalui akaun bank:
1.Agro Bank
No. Akaun: 2006363000013125
Atas nama : Tabung Al Madrasah Al Insaniyah
atau
2.BIMB
No. akaun : 13017020483845
Atas nama Abdul Ghani bin Muda (mudir madrasah)
atau
3.Maybank
No. akaun : 163019432797
Atas nama Abdul Ghani Bin Muda (mudir madrasah)

Terima kasih

Nisfu Sya`baan:Petikan Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum’ah

Hukum Solat Dan Doa Pada Malam Nisfu Sya’ban
Hukum Solat Dan Doa Pada Malam Nisfu Sya’ban


Petikan Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum’ah.

Terjemahan : Ibnu Juhan Al-Tantawi

Soalan :

Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya’ban seterusnya berpuasa pada siang harinya?

Jawapan :

Malam nisfu Sya’ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis (nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).

Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya’ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.

Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : “فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ” – رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .

Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : “Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb.”

-Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.

Seterusnya,

عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ ” – رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .

Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan.”

-Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.

Seterusnya,

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ” – رواه ابن ماجه .

Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.”

-Riwayat Ibnu Majah.

Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri’tiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’ yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : “كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبً” – متفق عليه .

Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata : “Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan.”

-Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.

Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) :

“Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan.”

-tamat

Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma’arif) :

“Ulama’ di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Sya’ban kepada dua pandangan.

Pertamanya :

Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid.

Khalid ibn Ma’dan dan Luqman ibn ‘Amir dan selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah.

Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah : “Perkara tersebut tidaklah menjadi bid’ah.” Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.

Keduanya :

Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan ‘Alim.” -tamat

Kesimpulannya :

Maka menghidupkan malam nisfu Sya’ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid’ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.

Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya’ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.

Sumber :

Majalah Minbar Al-Islam, keluaran tahun ke-(68), bil (8) Sya’ban 1430, m/s 136.

Sumber
http://pondokhabib.wordpress.com/sambutan-sempena-israk-mikrak-ybhg-datuk-hasan-din-al-hafiz/

Selasa, 20 Julai 2010

Gotong-Royong 20 Julai 2010 (selasa)

Assalaamu`alaikum

Sempena cuti Pertabalan Sultan Mizan Zainal Abidin pihak madrasah Insaaniyyah telah mengadakan program gotong-royong. Hanya lebihkurang 10 orang sahaja mengambil bahagian pada hari ini.

Antara yang sempat dilakukan ialah:
1.Kerja-kerja mengenal pasti dan menandakan tapak bangunan asrama dan kuaters warden
2.Pemasangan acuan untuk menuang simen konkrit atap mihrab masjid Madrasah al Insaaniyyah

Hari ini juga lawatan tapak telah dilakukan oleh tukang yang bakal mengambil upah untuk kerja-kerja peringkat awal membina bangunan madrasah.

Kayu satu-dua dipacakkan menandakan tapak bangunan asrama lelaki yang bakal dibina

Sentuhan Tok Wan diperlukan disini, ketelitian beliau amat terpuji, bercuti dari menoreh getah demi menyumbang tenaga dan idea untuk pembangunan madrasah ditemani al Amiinul Am yang setiasa berusaha.

Pembantu juruteknik yang lain sedang bercuti, namun yang seorang ni rasa tidak selesa bercuti, turun padang memantau kerja-kerja awal pembinaan bangunan asrama

Agenda wajib nih, rehat makan dan minum


Abang Halim dan teamnya mempersiapkan acuan untuk diisi simen konkrit untuk pemasangan atap mihrab daripada simen


Cikgu Mad mengukur panjang atap untuk mempastikan kepanjangan besi konkrit yang diperlukan


Jangan salah sangka, ini bukan pemain bola terkenal dari Setiu tu sebaliknya salah seorang anak buah Cikgu Mad nih.

Besi dipotong untuk menyokong simen konkrit atab mihrab masjid

Siapa kata pensyarah maktab tiada bakat melakukan kerja lain dari bersyarah

Tapak Asrama Lelaki

Disana (kebarat bangunan masjid) akan dibina asrama keluasan tapak 24x48 kaki persegi dengan ketinggian bangunan antara 13 sehingga 14 kaki


Kelihatan kayu dipacakkan menandakan tapak bangunan untuk kemudahan tukang yang akan melakukan kerja-kerja awal pembinaan bangunan asrama ini


Pemandangan tapak asrama dari atas bukit tanah bersebelahan milik madrasah

Dari tapak asrama kelihatan bangunan masjid (merangkap sebagai dewan kuliah). Kelihatan juga disebelah kira ditepi bukit bangunan stor banan binaan bangunan

Sebahagian daripada tiang simen yang akan digunakan

Tapak ini(kebarat bangunan asrama)dikhaskan untuk penginapan warden asrama madrasah(insyaAllah pembinaannya dengan pembiayaan peribadi mudir madrasah dan dilakukan secara gotong-royong,insyaAllah)

Tiang Simen Telah Tiba

Tiang Simen Juga Telah Tiba


Tiang simen 4-6 ini terpaksa ditempah kerana kami perlukan tiang yang berukuran panjang 14 kaki. Selalunya tiada stok untuk tiang sepanjang ini. AlHamduliLLah tiang telah sampai ketapak madrasah dan kerja-kerja membina bangunan asrama akan bermula tidak lama lagi insyaAllaah.

Memandangkan hasil kerja gotong-royong ambil masa yang panjang dan ia menimbulkan kebimbangan akan berlaku kerosakan pada kayu-kayu yang telah dibeli dan memandangkan musim hujan akan menjelang tiba, maka kami telah memutuskan untuk mengupah tukang melakukan kerja-kerja diperingkat awal sehingga atap siap dipasang dan ruangan bawahnya boleh digunakan untuk menyimpan kayu diperingkat awal.

Cabaran yang segera untuk kami ialah keewangan yang terhad. Buat masa ini keewangan madrasah hanya berjumlah lebih-kurang 5 ribu ringgit sahaja. Tetapi kami percaya kami akan mendapat dokongan anda semua sebaik sahaja projek bermula

Sumbangan Anda Dialu-alukan
Samada anda berhubung dengan ajk madrasah atau masukkan sumbangan ada keakaun yang tertera ditepi blog ini. Moga sumbangan anda akan termasuk dalam sodaqoh jaariyah yang akan membahagiakan anda semua

Terima kasih

Kayu dah sampai

Setelah menunggu beberapa minggu akhirnya tiba juga kayu yang dibeli sebanyak 10 tan.
Untuk mempastikan kayu tidak rosak ia perlu disusun dengan seelok-eloknya

Pada pagi jumaat 16 julai 2010(selepas kuliah minggunan)kami mengambil masa satu jam atau lebih sedikit untuk menyusun kayu-kayu tersebut pada 4 tempat berdekatan berasaskan saiz dan ukuran kayu.

Kerja-kerja ini disambung lagi oleh beberapa orang sukarelawan pada hari sabtu (17 julai 2010)














Kita minum dulu






Inilah hasil kerja beberapa jam yang dilakukan pada hari jumuat dan sabtu




Kayu satu-dua