al Madrasah al Insaaniyyah

Ahad, 3 April 2011

Al Quraan Qodiim

BismiLLaahirRahmaanirRahiim
Seseorang bertanya
Adakah al Quran qodim atau baharu?
Sebelum menjawab soalan ini perlu terlebih dahulu memahami istilah-istilah tersebut.

1.Al Quraan yang difahami oleh orang awam dikalangan orang melayu ialah mushaf atau buku yang tertulis didalamnya ayat-ayat Allah.
Quraan dengan makna ini sudah tentu baharu. Kerana ia baru dicetak kapada helaian-helaian kertas yang kemudian dijilidkan menjadi mushaf.
Al Quran disisi mutakalimiin atau ulamak usul fekah ialah kalaamuLlaah. Sebagaimana kalaamuLlaahi itu ada kalaam lafzi (yang dilafazkan) dan ada kalaamun nafsi (sifat Allah) begitu juga al quraan. Quraan lafzi sudah tentu baharu dan Quaraanun Nafsi adalah qodiim, kerana ia adalah sifat Allah.
Akal sihat tidak dapat menerima sifat Allah yang qodim itu baharu. Sifat Allah sudah pasti qodim.
Sekalipun quraan lafzi itu baharu namun sebahagian ulamak salaf tidak mahu memperakuinya agar tidak diekploitasi oleh golongan yang sesat seperti qolongan muktazilah yang mendakwa quran itu baharu. Tambahan lagi penentuan bunyi,harakat,mad.lafaz dan sebagainya adalah azali atau qodim.
Qodiim dan haadith
Qodiim maksudnya ialah sesuatu yang wujud (ada) wujudnya tiada permulaan iaitu zat Allah dan segala sifatnya.
Lawannya ialah hadith atau baharu. Maksudnya sesuatu yang wujud selepas sebelumnya ia tiada. Atau sesuatu yang ada permulaan bagi wujudnya

2.Soalan ke 2.
Bolehkah solat dengan berpegang dengan hadis-hadis Nabi dengan tidak merujuk kepada mazhab para ulamak.
Dikalangan muslimiin ada 2 golongan
Pertama golongan para ulamak yang punyai ilmu yang mendalam. Bolehlah bagi mereka beramal dengan merujuk terus kepada hadis-hadis Nabi.
Golongan ke 2 ialah orang awam.
Mereka hendaklah beramal menurut panduan pengajaran para ulamak. Kerana mereka tidak memahami bahasa arab yang digunakan oleh RasuluLLaah. Pengunaan makna dalam bahasa arab itu berubah-ubah dari segi hakikah `urfiyyahnya. Malah makna pada lugghoh juga kadang-kadang pelbagai kerana dalam bahasa arab juga punyai banyak istilah yang musytarak (satu perkataan yang banyak makna)
Hadis Nabi juga ada yang mansukh sebagai contoh keharusan bercakap ketika sedang solat diawal islam telah dinasakhkan. Diawal Islam ketika rukuk tangan tidak memegang lutut. Diawal Islam wajib wudhu` setiap kali hendak melakukan solat. Diawal Islam wudhu` menjadi batal apabila memakan sesuatu makanan yang dimasak menggunakan api.
Malah ada hadis yang khusus untuk orang tertentu. Antaranya boleh menyahut panggilan RasuluLLaah ketika sedang solat dan solat tidak menjadi batal.
Dan ada banyak perkara lagi dalam hadis-hadis Nabi yang akan difahami dengan salah oleh orang-orang awam. Oleh kerana itu para ulamak usuliyyiin telah menetapkan bahawa taqlid kepada para ulamak itu adalah wajib bagi selain ulamak mujtahid.
Dalil mereka ialah surah al anbiyaa` ayat 7

وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالًا نُوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.

Kaifiyyat sujud syukur dan tilaawah.
Ada beberapa rukun dan sunat.
Rukun-rukun sujud tilaawah dan sujud syukur
1.Berdiri atau duduk
2.Takbiiratul Ihraam
3.Niyat sujud syukur atau sujud tilaawah
4.Sujud satu kali serta tomaniinah
5.Duduk
6.Memberi salam

Sunat-sunat sujud tilaawah dan sujud syukur

Sunat ketika sujud membaca tasbiih seperti dalam sujud solat biasa
Sunat mengucap salam yang kedua
Sunat berpaling kakanan ketika salam yang pertama dan berpaling kekiri ketika salam yang ke 2
Perbincangan diatas ialah sujud diluar solat

Ketika didalam solat tidak dibolehkan sujud tilaawah dan boleh sujud tilaawah dan rukunnya bukan lagi 6.
Rukun sujud tilaawah ketika dalam solat hanya 2 sahaja
1.niyat sebelum turun sujud
2.sujud satu kali serta tomaniinah
Disunatkan membaca tasbih sebagaimana dalam sujud solat biasa samada tabih yang pendek atau tasbih yang panjang



Terima kasih

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama