Gotong-Royong Memindahkan Kayu (250509)
Assalaamu`alaikum
Tiang-tiang serambi telahpun bangkit berdiri, kini penaga perlu dipasang untuk menyokong kekuda serambi masjid. Kami bercadang untuk menggunakan kayu terpakai yang telah diberikan kepada madrasah. Kayu tu disebelah bawah perlu dibawa ketapak masjid dibahagian atas. Satu gotong-royong diadakan pada petang isnin 25 me1 2009.
Mari kita saksikan gambar-gambar yang dirakamkan pada petang isnin yang lalu.
Diperingkat awal sebahagian peserta gotong-royong melakukan kerja-kerja pemasangan atap genting. Kerja-kerja yang juga memerlukan tenaga ramai orang. Ada yang perlu berada dibawah mengambil atap dan menghulurkan kepada orang disebelah atas "stage". Dari situ dihulurkan keatas bumbung. Mereka yang berada diatas menyusunkan atap sebagaimana yang sepatutnya.
Tuan mudir belum berpeluh dah pun pakai kain semula
InsyaAllah selepas ini Tok Wan dibantu Abang Halim dan yang lain-lain akan melakukan kerja-kerja pemasangan penaga .
Untuk tiang serambi kami tidak memasang tetulang simen untuk mempastikan kayu wakaf masjid lama dimanfaatkan juga untuk menjimatkan masa dan mengurangkan kos.
Selepas penaga serambi dipasang, pembekal kekuda akan memasang kekuda besi sebagaimana yang dijanjikan. Kami baru bayar separuh atau 55% kos keseluruhan kekuda besi. Hampir 10 ribu lagi perlu dibayar kepada kontraktor bekalan dan pemasangan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat
Allahlah yang akan membalasnya
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama