Kelas Pengajian Menggunakan Teks Arab
Assalaamu`alaa manit taba`al huda
Buat masa ini kelas pengajian menggunakan teks arab ialah pada lewat petang hari ahad dan rabu setiap minggu. Namun kehadhirannya masih terhad kepada para ustaz. Bila sistem pendawaian letrik telah sempurna insyaAllah konsep kelas petang ini akan diubahsuai agar ia lebih sesuai untuk pelbagai peringkat dan tahap kemampuan ilmu.
Antara kitab yang dijadikan teks pada kelas petang ialah
1.Sohih Bukhori (hadis)
2.AlFiqhul Manhajiyy (fekah)
3.Ikhtisor Syuruh Ummul Baraahiin (tauhid)
Pengajian matan aljurumiyyah telah tamat,
manakala pengajian tafsir Jalaalain ditawaqqufkan dahulu
Antara pelajar yang hadhir kelas petang

Perbincangan tentang isu semasa sebelum kitab dibaca


Hujan yang turun menyebabkan tanah yang baru diratakan semalam menjadi becak

Semoga segala usaha ini diberkati Allah
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama