Gotong-royong Malam Isnin Minggu Pertama Ramadhan
AlHamduliLLaah sekalipun dirancang dalam jangka masa yang singkat, gotong-royong malam berjaya dilaksanakan.
Jam 6.20 petang kelas al Fiqhul Manhajiyy diteruskan dengan bab puasa
Pembacaan Sohihul Bukhori dan lain-lain ditangguhkan dibulan ramadhan kerana kelas petang dilaksanakan hanya sekali seminggu sahaja dibulan ini.
Diikuti majlis berbuka puasa bersama ajk Madrasah al Insaaniyyah dan sebahagian anak-anak kami.
Solat maghrib diimamkan mudir madrasah
Makan tambahan sambil bincang-bincang secara santai.
Solat Isya` dan Taraawiih diimamkan Ustaz Abu Muaz el Haafiz
Semasa sebahagian ajk bersolat witir, adik-adik peserta gotong-royong makan moreh. Selesai solat witir gotong-royong pun bermula sehingga jam 12 malam
Antara anak-anak ajk madrasah yang hadhir awal
AJK madrasah yang solat witir sebaik sahaja selesai taraawiih
Adik-adik sukarelawan menjamu selera sebelum memulakan kerja (Selepas gotong-royong, kami merancang untuk berikan sedikit saguhati kepada mereka)
Kerja dilakukan dalam sinaran cahaya lampu kalimantan
Gambar hasil kerja malam ini tidak dapat dipaparkan kerana kami tidak punyai kamera yang canggih untuk mengambil gambar dengan baik diwaktu malam
Tidak ramai yang hadhir pada siang hari sabtu yang lalu untuk bergotong-royong
Hanya ini sahaja hasil kerja dihari itu
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama