al Madrasah al Insaaniyyah

Rabu, 22 Disember 2010

Projek Yang Sedang Berjalan (Hujung 2010)

Assalaamu`alaikum
Tahun 2010 akan menutupi tirainya, tidak sampai 2 minggu lagi akan bermulalah tahun masihi yang baru 2011. Dengan itu rasmilah mudir Madrasah al Insaaniyyah akan berpindah tinggal ditapak madrasah.

Sebagai maklumat disini suka saya senaraikan projek pembangunan yang sedang brjalan hasil sumbangan idea dan sokongan moral dan keewangan dari masyarakat Islam diseluruh dunia, terutama bangsa melayu. Moga usaha kita semua yang mahu menjayakan pendidikan Islam yang berkesan akan mendapat pertolongan dari Allah sebaik-baiknya.

Terima kasih kepada semua ajk yang terlibat,para penderma dan para pemilik lamanweb dan yahoogroups email yang memberi laluan untuk penyebaran projek ini. Terutama Tranungkite Online dan para kerabatnya.

Terima kasih

Pemasangan jubin seramik diserambi masjid



Menyiapkan rumah warden

Sebahagian besar bahan-bahan keperluan telah dibeli
Bingkai pintu bilik tambahan dan dapur

Pintu tandas dan bilik air

Besi untuk tingkap dan paip untuk tandas juga dah beli

Penyambungan atap depan asrama untuk mengelakkan kerosakan pintu dari tempias air hujan sekaligus memberikan ruang untuk pelbagai kegunaan

tiang telah dibeli

Kayu pun dah ada


Mengatasi becak pada jalan dan kawasan meletak kereta (halaman masjid)

Batu ini adalah sponsor dari para pelajar kuliah hari jumaat

Sebaiknya sebelum diratakan batu terlebih dahulu dilapisi dengan pasir

Suatu pagi di Madrasah al Insaaniyyah

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama