al Madrasah al Insaaniyyah

Rabu, 15 Disember 2010

Rumusan Tentang Kem Remaja Cemerlang Siri 2 2010

Rumusan Tentang Kem Remaja Cemerlang Siri 2 2010


Program Kem Remaja Cemerlang Siri 2 2010 telah terakhir lebih seminggu yang lalu. Beberapa perbincangan tidak rasmi telah berlaku. Dibawah adalah beberapa pengamatan hasil dari program yang telah dilaksanakan

-Program Kem Remaja Cemerlang Siri 2 2010 berjalan lebih baik berbanding Kem Remaja Cemerlang Siri 1 2010
disebabkan berberapa faktor
1.Pengalaman yang lebih memberikan kelebihan untuk melaksanakan program dengan lebih yakin
2.Jumlah fasilitator yang lebih ramai memberikan kawalan yang lebih baik terhadap peserta ketika LDK
3.Jangkamasa lebih panjang (3 hari) memberi ruang untuk lebih selesa untuk untuk melaksanakan kuliah dan LDK dengan tidak tergesa-gesa..
4.Prasarana yang lebih memberi keselesaan yang lebih, untuk kali ini kita punyai asrama untuk penginapan. (siri 1 penginapan dimasjid juga)


-Persediaan Untuk Kes-kes Luar Jangka
1.Pada hari pertama kem satu Bandar permaisuri keputusan bekalan air.
Kita tidak buat persediaan untuk menangani kes seperti ini. Sedangkan kita punyai cukup tangki air untuk menangkung air malangnya kita lupa untuk membersihkannya terlebih dahulu



2.Kita dapati ada seorang peserta kem yang merokok didalam tandas. Ada seorang peserta yang ditangkap kerana mencuri dan 2 orang yang telah ponteng dari tapak kem selama 3 jam. Kita tidak terlebih dahulu merancang tindakan menangani kes-kes ini. Ia memberi beban kepada urusetia untuk bertindak segera.
Penggunaan telepon bimbit juga sewajarnya dikawal

3.Mungkin dimasa akan datang akan ada pelbagai kes luar jangka yang perlu persediaan untuk menanganinya

-Penglibatan Ahli AJK Lebih Menyeluruh
-Untuk kali ini penglibatan ajk tidak seimbang. Ada yang beri komitmen penuh. Ada yang tidur diasrama memantau peserta kem tetapi ramai yang lain tidak melibatkan diri.
Kita perlukan ajk disiplin yang lebih aktif untuk kem dimasa akan datang. Masih banyak aspek disiplin yang wajar diperkemaskan.
Sebagai contoh masih ada yang mandi dengan hanya berseluar pendek secara terbuka

-Kita perlukan penglibatan lebih ramai berkawal diwaktu malam secara bergilir-gilir untuk mengelakkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Peningkatan Prasarana
1.Kali ini kita menerima 78 orang peserta. Bilik air yang ada tidak mencukupi. Tangki air yang ada tidak dapat menampung jumlah satu masa untuk kegunaan lebih kurang 100 orang (peserta dan fasilitator dan urusetia). Untuk masa akan datang kita perlukan sebuah bilik air tambahan siap dengan tangki airnya yang tersendiri.

2.Kawasan tapak kem perlu dipastikan tidak becak dimasa akan datang. Beberapa tindakan perlu dilakukan seperti pemasangan longkang,penurapan tar dan seumpamanya



3.Asrama perlu dilengkapi katil dan tilam untuk memberikan keselesaan penginapan yang lebih baik.
4.Kita juga perlukan satu lagi bangunan untuk menampung keperluan-keperluan perlaksanaan program dimasa akan datang juga bertindak sebagai dewan makan.

Keewangan
1.Bayaran pendaftaran yang kita kenakan terlalu rendah mengakibatkan kita mengalami difisit perbelanjaan. Untuk bayaran kepada pembekal makanan sahaja kita menggunakan tabungan program masjid lebihkurang seribu ringgit . Perbelanjaan bahan-bahan bacaan digunakan duit tabungan program masjid sepenuhnya.

2.Untuk fasilitator yang bukan dari kalangan kakitangan kerajaan (4 orang) saguhati untuk mereka dibayar dari sumbangan sahabat-sahabat mereka juga (fasilitator ustaz-ustaz JQAF (6 orang) bukan sahaja tidak dibayar malah menyumbang pula kepada fasilitator yang lain)

3.Untuk masa akan datang sponsor perlu dicari untuk menjayakan program seperti ini agar yuran tidak perlu diletakkan pada kadar yang tinggi dan sedikit saguhati dapat diberikan kepada setiap orang yang menyumbangkan masa dan tenaga mereka.

Moga dimasa akan datang program yang diakukan akan lebih berjaya

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama