al Madrasah al Insaaniyyah

Selasa, 5 April 2011

Kerja-Kerja Pembangunan Tanah April 2011

BismiLLaahirRahmaanirRahiim
Banyak kerja-kerja yang dicadangkan terpaksa ditangguhkan disebabkan ruang yang terhad dan bangunan yang dibina mungkin menganggu kerja-kerja pembangunan tanah dimasa akan datang

Hujan berpanjangan(sebulan) telah menyebabkan tanah runtuh dan menutup parit laluan air. Ia mengakibatkan laluan air berubah dan menghakis jalan batu yang telah dibina



Hujan yang panjang juga menyebabkan kawasan tepi bukit halaman masjid dan asrama yang ditambak sebelum ini mendap dengan banyak. Oleh kerana itu ajk melihat kerja-kerja pembangunan tanah perlu dilakukan dengan segera.
Kebetulan salah seorang ajak madrasah yang punyai jentera ada kelapangan masa dan berbetulan pula cuaca agak sesuai maka kerja-kerja ini dimulakan pada hari selas 5 april 2011

Jentera (eskovetor) tiba pada petang isnin 4 april 2011


Keadaan asal sebelum kerja-kerja dilakukan

Kerja-kerja pada hari pertama (selasa 5 april 2011)




Hari ke 2 kerja-kerja pembangunan tanah (hari rabu 6 april 2011)




Hari ke 3 kerja-kerja pembangunan tanah (khamis 7 april 2011)



Sabtu 9 april 2011(hari ke4) kerja hari ini terjejas dengan banyaknya disebabkan hanya sebuah lori yang dapat datang mengangkut tanah. Tengahari hujan agak lebat menyebabkan kerja tertangguh disebelah petang

Perjuangan mendaulatkan Islam itu pelbagai bentuk
Dibawah kelihatan para pencinta Islam mengorbankan hari cuti mingguan mereka mempastikan sempadan tanah dan menjejaki batu sempadan yang hilang agar kerja-kerja tanah tidak mencerobohi tanah jiran





Hujan pada tengahari sabtu dan pada waktu-waktu berikutnya menyebabkan becak yang teruk. Situasi ini menyebabkan kerja-kerja pembangunan tanah terhenti beberapa hari. Kerja hanya disambung pada hari selasa (12 apri 2011)

Pemilik eskoveter mengambil peluang untuk servis jenteranya

Isnin (11 april 2011) keadaan tapak kerja masih becak,licin dan merbahaya untuk kerja-kerja pembangunan tanah





Setelah kerja berhenti beberapa hari disebabkan hujan,pada hari selasa(12 april 2011) kerja-kerja tanah diteruskan lagi iaitu pada hari selasa dan rabu.

Inilah hasil kerja pada hari selasa



Lori datang lagi untuk melakukan kerja-kerja tanah untuk hari yang terakhir (13 april 2011)


Kumpulan juruukur dari pejabat tanah datang lagi dengan bekalan maklumat yang lebih lengkap

Inilah batu sempadan yang dicari. Rupanya masih ada beberapa kaki lagi tanah yang belum diusahakan menuju sempadan sebenar.

Eskovater membersihkan sepanjang sempadan tanah dengan lot tanah bersebelahan

Inilah hasil kerja-kerja tanah selama 5/6 hari ditapak Madrasah al Insaaniyyah




Eskoveter keluar dari kawasan madrasah


Total upah kerja menggunakan 4 jentera selama 5/6 hari hanya rm5 ribu sahaja. Bayaran telah dibuat sepenuhnya pada bulan april 2011 juga.

Terima kasih kepada semua penyumbang

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama