al Madrasah al Insaaniyyah

Selasa, 3 Disember 2013

Kem Cuti Sekolah : Remaja Masuk pondok 2 Minggu

Assalaamu`alaikum Setelah menempuh pelbagai cabaran akhirnya Kem untuk anak-anak sempena cuti persekolahan akhir tahun berjaya juga dimulakan. Kem pada tahun ini hanya dilaksanakan untuk tempoh 2 minggu sahaja. Sekalipun pada mulanya dirancang bermula pada 1 disember 2013 namaun pada tarikh itu hanya pendaftaran sahaja dilakukan dan para pelajar diminta datang keesokannya (isnin 2 disember 2013) atas sebab putus belakan air paip yang dihadapi pihak madrasah dan kawasan kampung persekitarannya. AlHamduliLLaah pada isnin 2 disember 2013 dalam suasana mendung musim tengkujuh program ini dapat dimulakan
Dengan sukarela Abang Li memberi khidmat percuma untuk mempastikan semua lampu asrama dan kipas berfungsi dengan baik
Dalam keadaan tapak yang becak parit perlu digali.
Kuliah pertama untuk para peserta kem
Cadangan jadual perjalanan program kem remaja masuk pondok
Perlantikan Penghulu dan timbalannya dan pembahagian pelajar kepada 4 kumpulan
Siapa yang bawa telepon bimbit (lebih separuh daripada peserta mengangkat tangan)
Bacaan surah-surah quraan setiap malam sebelum tidur
Halaqoh quran setiap pagi sebelum sarapan
Makanan disediakan dikantin 5 kali setiap hari (Hanya rm150.00 untuk 3 buah buku kuliah,penginapan dan makan minum selama 2 minggu, tiada bayaran tambahan )
Sehingga setakat ini ada seramai 28 orang pelajar telah mendaftarkan diri dan mengikuti kem untuk kali ini. Tiada promosi yang dibuat hanya sekadar pemberitahuan kepada sesama ajk madrasah dan mereka yang sentiasa datang mengikuti kelas pengajian dimadrasah sahaja. Tiada banner maupun kain rentang ditempah atau dipamerkan untuk mengelakkan limpahan peserta. Ini disebabkan pihak madrasah menghadapi kekurangan tenaga sukarelawan pada tahun ini ditambah pula suasana persekitaran madrasah yang sedang melaksanakan pembinaan bangunan 3 tingkat yang menyebabkan berlaku kekurangan ruang untuk aktiviti sepanjang kem berjalan. Atas segala kekurangan yang ada kita pohon pada Yang Maha Kuasa agar dengan limpah kurniaNya perjalanan program berjalan dengan baik sehingga akhirnya dan memberi impak yang baik kepada semua. Wassalaamu`alaikum wa rahmatuLLaah......

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama