Sebulan di Madrasah (Bercuti Di Pondok)
Assalaamu`alaikum
Pada musim cuti sekolah akhir tahun pihak Madrasah al Insaaniyyah telah menganjurkan program "Sebulan Di Madrasah" bermula 3 Muharram 1434H bersamaan 17 november 2012M.
Program ini akan dilaksanakan selama sebulan. Program ini dirancang untuk mendedahkan pengalaman belajar agama dengan mendalam bagi para pelajar sekolah disamping memberi jawapan kepada keresahan ibubapa atas masa lapang yang panjang yang dimiliki anak-anak mereka tanpa kegiatan yang bermanfaat.
Kumpulan sasar kali ini ialah anak-anak ajk madrasah juga anak-anak para simpatism yang selama ini mendokong dan menjayakan program-program yang telah dilaksanakan dimadrasah ini.
Memandangkan prasarana yang terhad kami mensasarkan jumlan penyertaan lebihkurang 30 orang peserta sahaja. Namun sehingga minggu ke 2 kita menerima penyertaan hampir 50 orang. Ini memberi isyarat bahawa bangunan asrama yang baru mesti dibina dalam masa yang terdekat..Moga Allah permudahkan insyaAllaah
Pengerusi AJK Madrasah sedang menyampaikan sedikit nasihat kepada para peserta yang mendaftar awal
Hanya satu banner sahaja yang ditempah untuk program ini
Salah seorang sukarelawan mengisi masa cutinya dengan menyampaikan khidmat untuk menjayakan program ini
Para pelajar yang mengikuti kelas Tafsir,Akidah dan Fekah
Anak-anak juga dilatih solat dhuha diwaktu pagi selain solat rawatib dan mendedahkan kepada mereka solat-solat malam
Para peserta turut sama menjayakan kelas mingguan di Madrasah sabtu malam ahad pengajian kitab BahrulMazhi
Kolah ini jugalah yang menyelamatkan keadaan bila tekanan air rendah dan mahu menampung keperluan peserta yang ramai
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama