al Madrasah al Insaaniyyah

Selasa, 20 Disember 2011

Sambutan Awal Muharram 1433H

Assalaamu`alaikum

Hari selasa 13disember ialah hari terakhir "Kem Remaja Islam" anjuran Madarasah al Insaaniyyah. Pada hari ini diadakan sambutan maal hijrah. Sambutan kali ini ialah dengan mengundang seorang pendakwah untuk menyampaikan kuliah zuhur "Mengambil Iktibar Dari Hijrah". Beliau ialah Yang Berbahagia al Faadhil Ustaz Adam bin Mat Said.
Yang Berbahagia al Faadhil Ustaz Adam sedang menyampaikan tazkirah maal hijrah

Antara hadhirin yang sedang mendengar tazkirah dari Yang Berbahagia al Faadhil Ustaz Adam



Disebelah pagi pihak madrasah menunaikan hasrat seseorang untuk melapah,memasak dan menjamu daging seekor lembu sempena akikah bagi anak beliau.





Hari ini hari selasa. Hari selasa adalah hari bekerja. Sebahagian sukarelawan ialah kakitangan kerajaan yang mengambil cuti untuk terlibat dengan kerja-kerja gotong-royong pada hari ini.

Tukang masak no 1


Alamak bila nak abis ni? Gulai dah masak tu.


Peserta "Kem Remaja" merasmikan jamuan sempena majlis awal muharram

"Makan jangan tak makan" Barisan fasilitator pun mahu makan juga

Kawah nasi yang pertama habis, perlu masak nasi lagi


Masak nasi kawah yang ke 2

Muslimin makan bawah khemah sebelah barat daya

Muslimat dibawah khemah sebelah timur

Antara tetamu yang terakhir juga bapa peserta "Kem Remaja" sedang makan


Kedua-dua program ini (Kem Remaja Cemerlang dan Sambutan Awal Muharaam) adalah program yang telah ditangguhkan dari tarikh asalnya. Jadi tiada kain rentang dan penyebaran maklumat agak lewat. Oleh sebab itu peserta kem tidak ramai. Namun Kutipan sumbangan mencapai angka rm 5462.50. Terima kasih kepada semua penderma dan semua yang terlibat termasuk pentazikrah kita kali ini.

Terima kasih.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama