al Madrasah al Insaaniyyah

Selasa, 23 Ogos 2011

Kerja Tanah Selama 9 Hari Sya`ban-Ramadhan 1432

Assalaamu`alaikum

Madrasah al Insaaniyyah beroperasi pada tapak diatas bukit dan dicerunan bukit. Sistem perparitan yang baik amatlah diperlukan untuk mempastikan pengaliran air hujan dengan lancar dan hakisan dapat diatasi. Untuk memberi laluan kepada pembinaan parit dan pemasangan longkang kawasan berbukit perlu diratakan agar tapak madrasah dapat digunakan semaksimanya.

Ia memakan belanja yang besar. Oleh kerana itu pihak madrasah melakukan kerja-kerja ini berperingkat-peringkat bergantung pada keupayaan keewangan madrasah.

Untuk kali ini kerja-kerja memindahkan tanah menggunakan 4 jentera iaitu sebuah eskovetor,2 buah lori dan satu traktor menolak tanah.

Harga biasa ialah untuk 4 jentera itu bagi satu hari ialah rm 1,300.00. Kerja dilaksanakan 9 hari setengah diakhir sya`ban dan dalam bulann ramadhan. Pihak madrasah telah membayar kepada kontraktor kerja-kerja tanah sebanyak rm 7,000.00. Masih ada baki yang belum dibayar.

Kerja pemindahan tanah bukit sehingga kesempadan tanah dilakukan pada 2 lokasi. Iaitu disebelah timur atau tenggara dari bangunan masjid dan dibahagian barat dan barat laut daripada bangunan masjid.

Kerja-kerja mengali parit dan pemasangan longkang akan dilakukan dimasa akan datang menurut kesesuaian.

Lokasi pertama tanah dialihkan ialah dinding timur atau tenggara tapak madrasah. Kerja-kerja tanah yang lepas tidak dilakukan dengan sempurna kerana sempadan tanah tidak ditanda dengan sempurna untuk memudahkan pemandu jengkaut mengenal pasti batasan kerjanya




Tebing barat-laut sebelum tanah dialihkan

Jengkaut mula melakukan kerja pada bahagian tebing barat laut


Kerja-kerja ditepi bangunan masjid


Tangki air perlu dialihkan kerana tanah yang menjadi tapaknya perlu dialihkan untuk memberi laluan pembinaan parit dan pemasangan longkang besar

Inilah jadinya setelah tanah dialihkan.



Masih ada lebih 10 kaki jarak antara antara bangunan asrama dan tebing sebelah barat laut

"Site office" telah runtuh disebabkan terhempak tanah yang terjatuh dari mangkuk jengkaut


Abang Halim sentiasa memberi perhatian kepada saluran paip membuka dan memasang kembali agar tidak pecah disebabkan jentera-jentera yang berulang-alik melakukan kerja dan memindahkan tanah

Inilah hasil kerja menggunakan jengkaut. Kerja meratakan tanah tanah, menggali parit dan pemasangan longkang selepas raya akan menggunakan jentera jentolak (case)




Tanah dialihkan dengan 2 lori ketebing sebelah barat daya atau selatan tapak madrasah
Nun disana kelihatan bangunan kuaters dan Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu ditepi jalan utama Kuala Terengganu ke Jerteh dan Kota Bharu





Penambakan sehingga rumah warden

Kerja tanah kali ini adalah merupakan kerja-kerja yang dilakukan dengan lebihh menyeluruh dan melibatkan kos yang paling besar dalam masa 3 tahun perojek ini dijalankan

Terima kasih kepada semua penyumbang
Sumbanagn anda boleh disalurkan melalui akaun berikut

1.Agro Bank
No. Akaun: 2006363000013125
Atas nama : Tabung Al Madrasah Al Insaniyah

2.BIMB
No. akaun : 13017020483845
Atas nama Abdul Ghani bin Muda (mudir madrasah)

3.Maybank
No. akaun : 163019432797
Atas nama Abdul Ghani Bin Muda (mudir madrasah)

Mohon agar dimaklumkan kepada beliau ditalian 0145441837

Terima kasih

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama