Kemaskini Perkembangan Pembinaan Rumah Warden Sepanjang 2011
Kemaskini pada 1 mac 2011
Assalaamu`alaikum
Sejak akhir 2010 sehingga minggu pertama tahun 2011 negeri-negeri pantai timur semenanjung dilandai hujan berpanjangan. Madrasah al Insaaniyyah tidak terkecuali menerima tempiasan monsun timur laut ini. Ia mengakibat kerja pembinaan rumah warden tertangguh-tangguh.
Antara lain disebabkan;
-Hujan tidak memberi keselesaan kepada tukang bekerja
-Kerja-kerja dibahagian tertentu tidak dapat dilakukan
-Jalan yang becak menghalang bekalan bahan-bahan binaan dibawa masuk ketapak pembinaan
Semua apa yang berlaku itu sudah tentu punyai hikmah tersendiri
antara lain pengaliran masuk sumbangan juga agak perlahan. Kerja yang pantas mungkin akan mengakibatkan upah tukang gagal dibayar pada masa yang sepatutnya.
Akhirnya pada petang khamis 24 febuari 2011 mudir sekeluarga berpindah kebangunan rumah warden, iaitu setelah menumpang asrama selama 54 hari.
Sekalipun rumah warden belum betul-betul siap namun langkah ini perlu diambil untuk memberi keselesaan kepada team yang akan melakukan kerja-kerja penyambungan serambi asrama yang bermula pada hari jumaat 25 febuari 2011
19 Febuari 2011
Pemasangan paip sink
20 Febuari pemasangan pintu slading
Selain gotong-royong mengecat rumah pada hari cuti sempena sambutan maulidur-Rasul (15 febuari), kami juga mengupah tukang memasang lantai dan dinding bilik air dengan jubin
Bilik air siap dipasang dinding seramik dan bersedia untuk digunakan
Hasil kerja 18 febuari
Lantai tandas siap dipasang seramik (tile) dansiap untuk digunakan
Pemasangan jubin pada dinding tandas rumah warden
Ini hasilnya (belum siap)
9 febuari 2011
AJK tidak berpuashati cara pemasangan sinki oleh tukang. Abang Halim bersama anak buahnya mengusahakan pemasangan sinki dan rak dapur yang baru
10 febuari
11 febuari
12 febuari
Mempersiapkan plaster dikeliling frame slading
Inilah hasilnya
29 januari 2011
Kerja-kerja pemasangan paip sedang berjalan
26 januari 2011
Pendawaian eletrik siap, penyambungan sementara dibuat sementara TNB membuat pemasangan meter eletrik
Tengok eletrik ada ker tak
Pemasangan aluminium rel pintu utama
Ini dikatakan yang ringan sama-sama dijinjing
26 januari
Kerja-kerja pendawaian eletrik sedang berjalan
Kerja-kerja pemasangan sinki bermula 25 januari 2011
Plaster tandas siap
Kerja-kerja plaster dinding dengan simen plaster siap sepenuhnya pada 25 januari 2011
Ahad 23 januari 2011
Hari ini adalah hari yang paling meriah dengan kerja-kerja yang dilakukan tukang rumah
Kumpulan yang datang buat pendawaian eletrik
Simen habis, pembekal hantar 6 beg tambahan
Kerja-kerja plaster simen dibahagian luar bilik air dan tandas
Menebuk lubang pada palong untuk dipasang paip saloran najis
Pagi 23januari 2011
Pada hari jumaat 21 januari 2011 5 orang datang bekerja untuk siapkan rumah warden. Mereka memasang atap dan plaster lantai bilik,dapur dan lain-lain
Inilah hasil kerja hari jumaat
Dapur
Tandas
Bilik air
Hasil kerja hari ini (20012011)
Plaster didnding dalam bilik air siap
Tandas belum siap
Masa atap sampai simen telah diadunkan dengan pasir dan air
jadi terpaksalah plaster dinding dahulu sebelum pasang atap
Kerja-kerja plaster dinding bilik air dan tandas
Simen tambahan 10 beg
Atap bilik belakang,dapur tandas dan bilik air dah sampai (20012011)
Hanya 2 orang tukang datang sebelah pagi selasa 18 januari 2011. Tukang tidak datang kerja pada hari rabu
Pagi selasa 18 januari 2011 mereka latakan simen plaster dibahagian luar dinding dapur dan bilik air
Inilah hasilnya
Hasil kerja 15 dan 16 januari 2011
Kerja plaster dinding dalam rumah siap kecuali dalam tandas dan bilik air
Kayu panjang untuk pemasangan atap telah siap dipasangkan dengan sempurna
hanya menunggu bekalan atap dari pembekal
Mangkuk tandas belum pasang
update 14 januari 2011
Kekuda telah siap dan kayu panjang telah dipasang insyaAllah besok atau lusa akan dipasang atap. Anggaran lagi seminggu siaplah rumah ni.
Pada 13 januari tak ramai tukang datang bekerja, tukang yang datang melatakan dinding bahagian dalam bilik dan dapur
Update pada 13 januari 2011
Hasil kerja pada 12 januari 2011
Bilik air dan tandas dari dalam rumah
Bilik air dan tandas dari belakang
Pandangan depan
Update pada 12 januari 2011
Hasil kerja pada 11 januari 2011
Update pada 10 januari 2011
Assalaamu`alaikum
Sejak akhir 2010 sehingga minggu pertama tahun 2011 negeri-negeri pantai timur semenanjung dilandai hujan berpanjangan. Madrasah al Insaaniyyah tidak terkecuali menerima tempiasan monsun timur laut ini. Ia mengakibat kerja pembinaan rumah warden tertangguh-tangguh.
Antara lain disebabkja;
-Hujan tidak memberi keselesaan kepada tukang bekerja
-Kerja-kerja dibahagian tertentu tidak dapat dilakukan
-Jalan yang becak menghalang bekalan bahan-bahan binaan dibawa masuk ketapak pembinaan
Semua apa yang berlaku itu sudah tentu punyai hikmah tersendiri
antara lain pengaliran masuk sumbangan juga agak perlahan. Kerja yang pantas mungkin akan mengakibatkan upah tukang gagal dibayar pada masa yang sepatutnya, ehem.
Sejak 1 januari sehingga hari ini (10 januari 2011) hanya 3 hari sahaja tukang datang bekerja. AlHamduliLLaah pada hari ini ramai tukang datang bekerja, maka hasil kerjanya agak banyak.
Dibawah ialah gambar yang diambil pada siang tadi
Pintu tandas dan bilik air dan bingkainya (frem) telah dipasang.
Bahagian dapur
Bilik belakang
Susunan batu-bata dinding dibahagian belakang telah sampai kepada paras maksima, insyaAllah besok boleh dipasangkan penaga seterusnya kekuda diikuti kayu panjang dan pemasangan atap
Pandangan ruang bilik belakang,dapur,tandas dan bilik air dari atas
Update pada 9 januari 2011(4 sofar 1432)
Update pada 4 januari 2011
Sepanjang tahun 2011 baru hari ini tukang datang untuk meneruskan kerja pembinaan rumah warden. Hanya seorang tukang datang disebelah pagi. Inilah hasil kerjanya hari ini
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama