al Madrasah al Insaaniyyah

Isnin, 6 Jun 2011

Kem Anak Soleh Siri 1/2011 Hari Pertama

Assalaamu `alaikum warahmatuLlaahi Wabarakaatuh

AlHamduliLLaah syukur pada Allah sebagaimana pada tahun lepas pihak Madarasah al Insaaniyyah berjaya menganjurkan kem untuk para pelajar sempena cuti sekolah.
Kali ini dinamakan "Kem Anak Soleh". Hebahan yang lewat (seminggu sebelum kem)barangkali menyebabkan penyertaan hanya sekitar 40 orang pelajar sahaja.
Kami tidak percaya tindakan penganjur menaikkan yuran penyertaan dari rm40 pada sesi lepas kepada rm60 pada kali ini menjadi penyebab merosot penyertaan pada kali ini. Yuran dinaikkan mengambilkira pandangan ajk yang berpendapat belum tiba masanya tabungan madrasah digunakan dengan banyak untuk menampung (subsidi) program seperti ini buat masa ini. Kerana keewangan madrasah terhad disamping pembangunan fizikal masih banyak yang perlu dilaksanakan.

Persiapan Untuk Kem
Air ditakungi secukupnya agar tiada masalah seandainya ada masalah keputusan bekalan air seperti akhir tahun lepas
Kolah masjid dipastikan penuh dengan air

Tangki air SATU dimanfaatkan


Pemasangan tile lantai tempat wudhu` telah dilakukan lebih awwal

Pemasangan kain rentang dibuat beberapa hari sebelum kem bermula

Dengan kebenaran pihak TNB kami memasang lampu jalan di 3 tiang letrik yang berada ditapak madarasah

Untuk keselesaan makan minum 8 buah meja makan dibuat bermula pada gotong-royong sabtu 28 mei 2011 sehinggalah ahad 5 jun 2011




Inilah hasilnya


Ampaian kain basah disediakan

Parit sementara perlu digali untuk mengalirkan air yang bertakung dikawasan ampaian pakaian basah

Menghamparkan tikar sebagai alas diatas karpet untuk dijadikan tempat tidur

Pemasangan kipas yang terakhir didewan makan

Barisan Usaatizah pemudah cara minum pagi (10 pagi) bersama para peserta kem

Para peserta kem menikmati juadah minum pagi


Para pelajar berada dalam halaqaat kumpulan masing-masing


Hidangan makan tengahari hari pertama ialah nasi ayam



Pengambilan nasi dan lauk dipantau agar tidak berlaku pemborosan


Abu Muaz el Haafiz mengimamkan solat asar dan wirid selepasnya


Kuliah maghrib


Hari pertama disudahi dengan taklimat tentang solat-solat sunat dan adab-adab tidur

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama