Beberapa Perkara Tentang Kem
Assalaamu`alaikum.
Kem Anak Soleh pada 6,7 dan 8 jun berjalan dengan baik. Tiada masalah besar yang dihadapi. Penyertaan hanya sekitar 40 orang sahaja.
-Untuk kali ini pihak madrasah tidak perlu membuat suntikan dari tabungan madrasah. Yuran rm 60.00 cukup untuk bahan-bahan dan makan-minum selama 3 hari. Sebaliknya tabungan yang lain digunakan untuk memberi cenderahati kepada barisan pemudahcara.
-Tajuk-tajuk yang dibengkelkan kali ini lebih terfokus kepada akidah yang asas dan perbincangan tentang bersuci,solat,solat jamaah dengan lebih terperinci dan tambahan tajuk tentang pengurusan jenazah secara ringkas.
-Kuliah-kuliah dari para penceramah berkenaan "Kepentingan Akidah Bagi Seorang Muslim, Hidup Beragama dan Perjuangan Tokoh_tokoh Tertentu Dalam Memartabatkan Islam.
-Ada 2 perkara baru yang cuba dijayakan ketika menjalankan kem pada kali ini.
1.Aktiviti luar yang menggunakan konsep "Mencari harta Karun" untuk memberi sedikit kelainan untuk kem kali ini. Malangnya aktiviti petang itu tidak dapat dilaksanakan disebabkan hujan yang membasahi bumi dan merosakkan bahan-bahan yang disediakan disepanjang trek/laluan aktiviti ini.
2.Melibatkan golongan pemuda disekitar daerah Setiu dalam aktiviti "BBQ" pada malam yang ke 2. Para pemuda memanggang ayam untuk para peseta kem. Dalam waktu yang sama ditayangkan pada skrin besar ceramah agama.
Program ini berjaya dilaksanakan walaupun hujan yang turun mengakibatkan bilangan pemuda yang datang dan terlibat tidak mencapai jumlah yang dijangkakan.
-Untuk kem pada kali ini amali solat-solat sunat lebih ditekankan
Kuliah Magrib hari pertama "Kepentingan Akidah Bagi Seorang Muslim"
Kuliah subuh hari ke 2 membicarakan tentang peranan Tokoh-tokoh tertentu dalam memertabatkan Islam
Pengkuliah tidak berpuashati duduk dikerusi bangkit berdiri dan merapatkan jarak dengan peserta
Ampaian dimanfaatkan untuk menjemur pakaian yang basah
Hujan yang turun pada hari ke 2 mengagalkan aktiviti luar masjid
Perbincangan tidak rasmi menangani masalah peserta yang memohon untuk pulang sebelum waktunya
Hujan yangg turun mengakibatkan aktivi luar tidak dapat dilaksanakan. Diganti dengan program dalam masjid
Sebahagian pemuda yang mengambil bahagian untuk program BBQ
Kuliah maghrib oleh pengerusi Jawatan Kuasa Tadbir madrasah
Ajk madrasah dan sebahagian bapa/penjaga peserta kem ikut sama menghayati kuliah maghrib pada hari ke 2
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama