al Madrasah al Insaaniyyah

Jumaat, 5 Ogos 2011

Awal Ramadhan

Menjelang ramadhan tahun ini pihak Jawatan Kuasa Tadbir Madrasah al Insaaniyyah mengadakan mesyuarat untuk merancang program sepanjang bulan ramadhan
Antara ahli Mesyuarat yang hadhir kemesyuarat menjelang ramadhan 1432 hijriyyah


Majlis berbuka puasa mingguan pada setiap petang selasa
Antara program yang dirancang ialah majlis berbuka puasa setiap minggu
Para hadhirin dialu-alukan membawa juadah untuk berbuka puasa. Kecuali adik-adik dari "asrama terdekat" mereka dibawa kemadrasah dalam misi madrasah mewujudkan hubungan dengan generasi muda.

Majlis bermula dengan sedikit tazkirah
-Berbuka puasa
-Solat fardhu dan sunat
-Tazkirah sambil minum
-Solat isya` dan soalt-solat sunat diselangi dengan tazkirah

Bersurai



Kehadhiran ke majlis berbuka puasa mingguan selasa 2 ramadhan


Kerja-kerja Pembangunan Tanah
Kebetulan jentera eskovetor ada melakukan kerja-kerja tanah berhampiran madrasah, pihak madrasah setuju untuk menyewa jentera untuk meneruskan kerja-kerja tanah
Fokus kerja kali ini ialah
1.Memberi laluan kepada pemasangan longkang besar ditepi sempadan tapak madrasah
2.Meratakan tapak bangunan baru yang akan dibina
3.Membaiki cerun untuk mengelakkan runtuhan.

Kerja telah dilakukan satu hari setengah sebelum ramadhan dan disambung pada hari sabtu 6 ramadhan



Kerja-kerja yang sedang berjalan pada 6 ramadhan

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama