al Madrasah al Insaaniyyah

Rabu, 10 Ogos 2011

Majlis Ifthor Perdana 9 Ramadhan 1432H


Assalaamu`alaikum
Pada 9 ramadah 1432 hijriyyah bersamaan 9 ogos 2011 milaadiyyah/masiihiyyah pihak Madarasah al Insaaniyyah telah mengadakan "Majlis Ifthor Perdana" siri ke 2.
Majlis "Ifthor Perdana" yang diadakan sekali setahun di Madrasah al Insaaniyyah kai ini berjalan dengan baik dan kemas. Ini adsalah berkat dari kesungguhan ajk tadbir dan perancangan yang agak baik.Pada tahun lepas (siri 1) ia dilaksanakan untuk kali pertama.

Sekalipun pada tahu lepas kita berjaya mendapat penajaan seekor lembu namun hasil perlaksanaan pada tahun tidak memuaskan hati. AlHamduliLlaah tahun ini beberapa strategi baru diambil untuk mempastikan perjalanan program "Ifthor Perdana" kali ini lebih kemas.

Pada tahun ini kami menjemput seorang penceramah yang agak berpengalaman dalam bidangnya untuk memulakan program dengan "Tazkirah Ramadhan"
Dari segi penyediaan makanan kali ini kami memilih cara masyarakat melayu tradisional. Iaitu penyumbang yang menyediakan/memasak makanan dirumah masing-masing setiap orang untuk satu hidangan. Makanan siap dibawa dan dihidangkan oleh para penyumbang dibantu oleh ajk tadbir.

Jemputan pada tahun ini agak terfokus kepada golongan belia dan pelajar yang diharap pada masa akan datang punyai hubungan berterusan dengan madrasah.

AlHamduliLLaah program berjalan dengan kemas. Pihak madrasah tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk menjayakan program "Ifthor Perdana" tahun ini.

Majlis bermula jam 6.30 petang dengan "Tazkirah Ramadhan"
Diikuti dengan majlis berbuka puasa
Solat maghrib diimamkan Ustaz Muhammad Bin Abdul Majid
Acara sampingan makan durian
Solat Isyaa` diimamkan oleh Ustaz Zaini el Haafiz.
Solat tarawiih diimamkan oleh Ustaz Amin el Haafiz
diselangi tazkirah oleh Mudir Madrasah al Insaaniyyah
Disudahi dengan solat witir diimamkan oleh Ustaz Zaini el Haafiz.

Pingan-mangkuk dibasuh selepas solat magrib sebelum masuk waktu isya`

Penceramah sampai agak awwal ke Madrasah al Insaaniyyah


Yang Dipertua Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Terengganu Ustaz Muhammad Bin Abdul Majid sedang menyampaikan tazkirah ramadhan

Khusyuk mendengar tazkirah




Khusyuk mendengar tazkirah

Hidangan telah disiapkan ketika "Tazkirah Ramadhan" sedang berjalan


Mereka yang memilih untuk mengambil tempat diluar

Stail lama, setiap penyumbang menyiapkan masakan dirumah masing-masing dan membawa makanan yang telah siap untuk dihidangkan


Masa dah hampir tiba

Menunggu masa untuk makan

Mereka yang berbuka puasa diserambi masjid

Solat sunat ratibah sebelum solat fardhu

Sehari sebelum majlis Ifthor perdana dilaksanakan adik-adik dari giatmara datang membersihkan lantai

Sumbangan penyumbang yang tiada kelapangan untuk memasak mengupah tukang masak sediakan juadah bagi pihak mereka

hidangan sampingan

aktiviti sampingan selepas solat magrib


Terima kasih kepada semua atas sumbangan anda semua

2 Ulasan:

Di 16 Ogos 2011 pada 12:01 PG, Anonymous wan_jtk berkata...

Menarik program ni Ustaz... Nampak cantik jalinan ukhuwah orang tempatan dengan maahad

 
Di 11 Disember 2011 pada 5:41 PTG, Blogger Ustaz Ghoniyy berkata...

Ya, ukhuwwah sentiasa baik.

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama